SEMAKIN ramai orang datang menonton acara-acara kesenian dan kebudayaan di Singapura dengan kehadiran pada tahun lalu mencatatkan 9.2 juta penonton - tertinggi sejak 2012 dan lebih tinggi berbanding tahun sambutan Jubli, menurut laporan Statistik Budaya Singapura 2017 yang dikeluarkan semalam.
Kehadiran itu termasuk persembahan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Lembaga Warisan Negara dan muzium, seperti Festival Malam Singapura dan Festival Warisan Singapura.