Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara tenis berprestij, Piala Davis, kembali ke Singapura selepas 25 tahun

Jun 08, 2019 | 02:13 PM



BUAT julung kalinya selepas tempoh 25 tahun, Singapura akan menjadi tuan rumah kepada acara tenis gah yang mengumpulkan semua pemain tenis terbaik dari Asia, Piala Davis. 



Acara yang dianjurkan oleh Persatuan Tenis Singapura dan disokong oleh Sport Singapore akan diadakan pada 26 hingga 29 Jun tahun ini di OCBC Arena. 



Singapura terpilih sebagai tuan rumah oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa awal tahun ini. Kali terakhir Singapura menjadi tuan rumah adalah pada tahun 1994. 



Presiden Persatuan Tenis Singapura, Encik Nicholas Lim, berkata: “Kami gembira dipilih dan diberikan hak untuk menjadi tuan rumah acara berprestij ini dan ingin menggunakan peluang ini untuk menunjukkan (keupayaan) Singapura kepada persekutuan serantau. 



“Mungkin tidak mudah bagi pemain kerana pesaing mereka semuanya mempunyai kedudukan yang lebih tinggi. Namun, mungkin mereka mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah, saya harap pemain kami bersemangat untuk menunjukkan kepada warga Singapura kebolehan mereka. 



“Saya ingin menggalakkan semua warga Singapura untuk turun padang bersama keluarga dan teman-teman mereka untuk menyokong pemain tenis tempatan serta untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang sukan ini,” katanya. 



Singapura bakal menyambut pemain tenis terbaik dari lapan negara dalam Kumpulan 3 rantau Asia/Oceania untuk acara itu. 



Singapura layak memasuki peringkat Kumpulan 3 selepas menunjukkan prestasi yang baik dalam kempen mereka dalam Kumpulan 4 tahun lalu. 



Ini merupakan pertama kali Singapura bermain dalam Kumpulan 3 sejak 2015. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >