Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemegang pas jangka panjang perlu lengkap divaksin untuk masuk S’pura

Oct 03, 2021 | 05:30 AM



MULAI 1 November, pemegang pas jangka panjang perlu lengkap divaksin bagi memasuki Singapura dalam satu usaha membolehkan pekerja penting dan pelajar meneruskan urusan mereka di samping mengurangkan risiko kesihatan awam.



Peraturan ini dikenakan buat pemegang pas kerja dan tanggungan mereka serta individu yang memasuki Singapura di bawah Laluan Pemegang Pas Pelajar.



Bagaimanapun, pemegang pas jangka panjang di bawah usia 18 tahun ketika memasuki negara ini akan dikecualikan daripada ketetapan berkenaan.



Mereka yang berusia antara 12 dengan 18 tahun, bagaimanapun, perlu menamatkan rejim vaksinasi lengkap dalam masa dua bulan setelah tiba di Singapura.



Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan ketetapan baru itu semalam sebagai antara butiran usaha mengemaskinikan langkah sempadan Singapura.



Mulai Rabu ini, langkah sempadan yang ada bagi pengunjung yang masuk ke negara ini akan ditentukan berdasarkan sejarah perjalanan terkini individu berkenaan bagi tempoh 14 hari lalu dan bukannya 21 hari lalu.



Sebagai tambahan, tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) bagi pengunjung tertentu akan dipendekkan dari 14 hari kepada 10 hari, sejajar dengan tempoh kuarantin bagi pesakit Covid-19 setempat, melihat pada tempoh inkubasi lebih singkat varian Delta, tambah MOH.



Ini bererti pengunjung yang telah berkunjung ke negara atau rantau Kategori III dan IV dalam tempoh 14 hari tiba ke Singapura akan dapat menjalani 10 hari SHN di kemudahan khusus.



Singapura menggolongkan negara dan rantau kepada empat kategori berdasarkan risiko jangkitan Covid-19, dengan langkah sempadan dibezakan bagi setiap kategori.



Mereka yang berkunjung ke negara atau rantau Kategori III dan telah menjalani vaksinasi lengkap boleh memohon agar menjalani SHN di kediaman mereka atau penginapan lain seperti hotel atau pangsapuri servis.



Pengunjung yang belum divaksin masih perlu menjalani SHN di kemudahan khusus.



Bagi pengunjung yang memasuki Singapura di bawah Laluan Hubungan Kekeluargaan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), keutamaan akan diberikan buat mereka yang sudah menjalani vaksinasi lengkap.



Pemilik pas yang layak secara perubatan bagi menjalani vaksinasi boleh memohon bagi pengecualian daripada ketetapan vaksinasi sebelum memohon masuk ke Singapura. Ia harus disokong dengan memo doktor.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >