Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Accrelist 'tidak dimaklumkan' mengenai siasatan CPIB

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT yang tersenarai di Catalist, Accrelist tidak dimaklumkan dan tidak tahu tentang adanya siasatan yang masih berjalan atau akan dijalankan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) terhadap syarikat itu atau anak syarikatnya, menurut lembaga firma dalam pemfailan kepada bursa semalam.



Ini meskipun ia mendedahkan bahawa seorang daripada dua eksekutif pengurusan kanannya telah didakwa di mahkamah sejak ia memberi respons pada Mac 2020 kepada persoalan dari Bursa Singapura (SGX).



Cik Serene Tea, naik presiden kanan unit perniagaan mekanikal telah didakwa pada Oktober 2021 atas satu tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah, kata lembaga berkenaan.



Ia menambah sehingga Isnin dan setahu syarikat itu, tidak ada perkembangan terkini tentang eksekutif pengurusan projek dan pembangunan perniagaan, Cik Natasha Teh.



Lembaga itu juga menekankan lagi kenyataannya pada 11 Januari lalu bahawa pengerusi eksekutif dan pengarah urusan, Dr Terence Tea, telah 'digugurkan' daripada siasatan.



Accrelist menukil satu panggilan telefon dari seorang pegawai siasatan CPIB kepada Dr Tea pada sekitar 2.36 petang pada hari itu.



Pemanggil tersebut adalah "pegawai siasatan sama yang telah berhubungan Dr Terence Tea sejak awal lagi" menurut kenyataan lembaga.



SGX telah meminta Accrelist supaya menjelaskan sama ada CPIB telah mengesahkan bahawa semua dakwaan yang berpotensi terhadap Dr Tea telah digugurkan dan sama ada Natasha Teh dan Serene Tea masih lagi membantu dalam siasatan CPIB atau sudah dihadapkan dengan tuduhan.



Accrelist mendedahkan pada 2020 yang CPIB sedang menyiasat syarikat itu, anak syarikatnya, Jubilee Industries Holdings dan Honfoong Plastic Industries, yang 70 peratus dimiliki oleh Jubilee.



Siasatan itu berpusat kepada ang pow bernilai $5,000, diberikan oleh Honfoong kepada seorang pelanggan serta jamuan malam Tahun Baru Cina dan perbelanjaan minuman semasa bersama pelanggan.



Selain daripada siasatan terhadap Natasha Teh dan keluarga Tea, Accrelist berkata dua individu lain didakwa berkaitan dengan siasatan itu, mengikut apa yang diketahui oleh lembaga itu, pekerja Honfoong; Wong Liang Tong serta Toh Mui Lan, yang meninggalkan Honfoong pada Januari 2019. - The Business Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >