Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Ada 77 rumah jagaan di sini, ia harus jadi pilihan terakhir bagi warga tua: Koh

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



LAPAN rumah jagaan baru ditubuhkan antara 2016 hingga 2020, menjadikan kemudahan itu berjumlah 77 di Singapura tahun lalu.



Dalam masa itu, jumlah katil di rumah jagaan meningkat daripada 13,000 kepada 16,300, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, semalam.



Menurut beliau, kadar penginapan katil umumnya kekal stabil sepanjang lima tahun lalu pada sekitar 90 peratus.



"Tetapi yang ingin kami lakukan ialah memastikan kita tidak memasukkan warga tua kita di institusi apabila usia mereka semakin meningkat," kata Dr Koh.



Beliau juga menekankan pentingnya seberapa boleh menjaga warga emas dalam masyarakat.



Ini termasuk memastikan mereka mempunyai rangkaian sokongan sosial aktif, yang menggalak kesejahteraan emosi dan fizikal.



"Adalah lebih penting memastikan mereka menua di tempat sesuai dan juga mempunyai kesihatan baik agar dapat menjalani kehidupan bermakna pada hari-hari tua mereka," ujar beliau.



Dr Koh berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen daripada Parti Pekerja (WP), Encik Louis Chua (GRC Sengkang GRC).



Encik Chua meminta perangkaan utama bagi rumah jagaan tempatan setelah seorang penduduk memberitahunya beliau harus menunggu hingga tiga tahun untuk mendapatkan tempat di rumah jagaan.



Beliau juga bertanya apakan rancangan Kementerian Kesihatan (MOH) bagi menambah jumlah katil yang tersedia, memandangkan penduduk Singapura kian menua.



Dr Koh berkata keadaan penduduk Encik Chua itu bukan hal biasa dan meminta Encik Chua menghubunginya jika ada keadaan khusus berhubung kes tersebut.



Mengenai menambah jumlah katil di rumah jagaan, Dr Koh berkata: "Adalah penting memastikan campur tangan yang dilakukan ialah bagi menjaga kesihatan mereka (warga tua); jika mereka mempunyai keperluan penjagaan, cuba dan tempatkan mereka dalam masyarakat... daripada memikirkan meletak mereka di rumah jagaan.



"Itu, pada fikiran saya sebagai seorang doktor, harus menjadi jalan terakhir bagi warga tua kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >