Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada adegan unsur seks di TV? Jangan matikan, ambil kesempatan bincang dengan anak

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



Baru-baru ini, seorang pelakon setempat telah memuat naik video perbincangan beliau dengan anaknya yang berusia 10 tahun mengenai seks. Pencerahan beliau itu mendapat reaksi bercampur daripada warga Internet - ada yang mempersoal cara beliau, manakala ada pula yang menyokongnya. Berbincang mengenai seks dengan anak-anak adalah sesuatu yang perlu tetapi amat berat dilakukan ibu bapa, namun pakar menasihatkan keadaannya tidak seharusnya demikian. Malah, berbincang mengenai seks dengan anak-anak semasa mereka kecil, sambil menyelitkan unsur-unsur moral, boleh menyokong pembangunan anak-anak tersebut, supaya mereka melihat seks dan seksualiti sebagai sesuatu yang suci dan sihat. BERITA HARIAN melaporkan.




SEDANG mereka sekeluarga menonton filem, muncul pula babak pasangan yang meluahkan cinta mereka kepada satu sama lain dengan cara yang begitu intim.



Daripada memilih untuk melangkau babak tersebut, Cik Nurashikin Rahmat, 41 tahun, menekan butang alat kawalan jauh beliau untuk menghentikan filem itu buat sementara.



Soalan yang diungkapkan adalah: "Adakah kamu rasa itu romantik?"



Anak-anaknya yang ketika itu berusia antara 10 dengan 15 tahun mengakui ia tidak salah untuk meluahkan perasaan tetapi perlu dalam sempadan yang dibenarkan - dari sudut sosial dan keagamaan.



Lega rasanya Cik Nurashikin kerana yakin anaknya sudah tahu membezakan apa yang baik dan apa yang patut dijauhi.



Perbincangan sebegitu juga kerap kali diamalkan ketika mereka menonton filem yang mempunyai babak hubungan intim atau pasangan berciuman.



Daripada melihat detik-detik sebegini sesuatu yang perlu dielak, Cik Nurashikin memandangnya sebagai peluang untuk mendidik anak-anaknya dan menerapkan nilai yang betul.



"Saya akan memulakan perbincangan di mana saya memberitahu mereka bahawa kita bukan orang Barat yang mempunyai cara pemikiran mereka tersendiri. Kami orang Islam justeru kami mempunyai cara kehidupan yang berbeza," kata ibu empat anak berusia antara 12 tahun dengan 17 tahun itu.



Pun begitu, Cik Nurashikin berkata sekiranya babak filem itu keterlaluan atau melibatkan perbuatan seks, beliau akan melangkau babak itu tetapi tetap berbincang dengan anaknya mengapa sebagai orang Islam, perkara seperti itu tidak patut ditonton.



Beliau turut mengajar anaknya bahawa berpegangan tangan contohnya, hanya boleh dilakukan apabila pasangan sudah berkahwin.



Cik Nurashikin akui pendekatan ibu bapa zaman dahulu dan kini banyak bezanya.



Apabila anak perempuannya ketika di sekolah rendah memberitahu beliau bahawa dia menyukai seorang lelaki, Cik Nurashikin terpaksa berbincang dan cuba memahami perasaan anaknya.



"Tapi saya beritahu dia jika dulu saya kecil dan memberitahu nenek dia yang saya suka seseorang lelaki, tentunya kena sebat!" kata Cik Nurashikin sambil tertawa.



Kembali serius, Cik Nurashikin berkata disebabkan dunia sekarang di mana kanak-kanak mudah terdedah kepada maklumat berkaitan seks, sukar untuk ibu bapa melindungi anak mereka sepenuhnya daripada perkara sebegitu.



"Saya rasa ia lebih baik bagi mereka untuk berkongsi dengan saya.



"Saya mahu mereka tahu bahawa sebagai ibu, saya ada di samping mereka untuk berbincang hal ini dan memastikan mereka tidak melakukan perkara yang salah," ujarnya yang merupakan pengurus pasukan Thermomix Singapore.



Berkongsi tip, Cik Nurashikin berkata ibu bapa perlu mencari masa yang sesuai untuk berbincang bersama anak-anak mereka, dan ini bergantung pada keluarga masing-masing.



Usah berbincang apabila anak-anak sedang dalam keadaan marah atau sedang cuba berdebat.



Ibu bapa perlu memberi anak-anak ruang dan membuatkan mereka rasa bahawa pandangan mereka penting. Kemudian barulah ibu bapa boleh membetulkan pandangan itu, sekiranya ia salah, apabila kedua-dua pihak sedang dalam keadaan tenang, kata Cik Nurashikin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >