Ada alahan bukan bermakna perlu ikat perut pada musim perayaan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

MAKANAN SIHAT

Ada alahan bukan bermakna perlu ikat perut pada musim perayaan

Jun 18, 2018 | 05:30 AM

SAYA ada beberapa teman yang mempunyai anak yang alah pada makanan yang mengandungi gluten dan tenusu (dairy).

Anak mereka mengalami masalah kulit gatal dan eczema apabila makan makanan seperti ini.

Perkara ini sedikit sebanyak mengehadkan jenis makanan yang boleh diberikan kepada anak mereka.

Namun, sebenarnya, ada banyak pilihan makanan tanpa gluten dan tenusu yang boleh disiapkan sendiri.

Malah, sempena musim perayaan ini, anda boleh menggunakan bahan tanpa gluten atau tenusu untuk menggantikan bahan lain bagi menyiapkan biskut dan makanan Hari Raya!

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Gluten sebenarnya tergolong dalam 'keluarga' protein yang terkandung dalam bijian seperti gandum, rai dan barli.

Menggunakan gandum sebagai contoh, ada banyak bahan yang dijual di pasar raya yang boleh digunakan bagi menggantikannya.

Antaranya tepung quinoa, tepung barli dan tepung beras.

Saya memilih menggunakan campuran tepung bebas gluten, atau 'gluten-free flour blends' untuk menggantikan 'all purpose flour' yang digunakan dalam banyak resipi.

Tenusu pula ialah alahan makanan yang biasa dialami dan boleh menjejas kesihatan kulit secara langsung.

Beberapa masalah kulit yang dikaitkan dengan tenusu ialah kulit gatal dan eczema, mengikut maklumat di KidsHealth. org.

Seseorang yang alah tenusu begitu sensitif kepada protein yang terkandung dalam susu lembu. Namun, ada banyak jenis susu lain yang boleh digunakan sebagai pengganti, seperti susu bijirin oat, susu badam dan susu hazelnut.

Namun, sebaik-baiknya, seperti banyak perkara lain yang berkaitan makanan dan perubatan, anda perlu mendapat nasihat doktor atau pakar pemakanan bagi menentukan alahan khusus yang dialami anak-anak sebelum menggantikan sebarang makanannya.

Kanak-kanak yang mengalami eczema atau alahan makanan dekat di hati saya kerana saya mengalami masalah serupa semasa kecil lebih 20 tahun dahulu.

Pada masa itu, pilihan makanan seperti yang wujud kini tidak mudah diperoleh dan saya masa ingat kesukaran yang dihadapi orang tua saya untuk mencari makanan lain bagi saya.

Saya harap rencana ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada ibu bapa yang mengalami masalah serupa.

Secara umum, ibu bapa perlu prihatin bahawa kanak-kanak yang memerlukan makanan tanpa gluten perlu diberikan makanan yang mengandungi kandungan serat, folat, zat besi, niasin, riboflavin, selenium dan thiamine.

Zat dan vitamin ini sering tidak kekurangan dalam diet bebas gluten.

  • Nurulhuda, 32 tahun ialah ketua pemulihan di 1-Habit, sebuah syarikat pembimbing dan penjurulatihan pemakanan dalam talian - 1habit.co.

Ikuti Nurul di Instagram menerusi akaun @nooryoga.1habit.


Mufin Pisang, Epal dan Lobak Merah Tanpa Gluten dan Tenusu

Hidangan menghasilkan: 12 mufin

Masa persiapan & memasak: 1 jam

Anggaran kos: $1.50 setiap mufin

Mengandungi:
Kalori: 185
Protein: 2.5 gram
Karbohidrat: 27.5 gram
Lemak 7.5 gram

Bahan

1 biji telur
1/4 cawan minyak zaitun
1/3 cawan pisang yang dilecek
1/4 cawan sirap mapel
1 biji epal, diparut halus
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu kecil garam laut
1-1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking soda/baking bicarbonate)
1-1/2 sudu kecil kulit kayu manis serbuk
1/2 cawan susu badam tanpa gula
1 batang lobak merah, diparut
2/3 cawan bijirin oat tanpa gluten
1/2 cawan badam, dikisar halus
1 cawan + 2 sudu besar tepung campuran (flour blend) tanpa gluten
* 1/4 cawan walnut, jika mahu

Cara memasak

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah Celsius.

2. Sediakan acuan atau cawan mufin.

3. Pukul telur dan campurkan dengan pisang, sirap mapel dan minyak zaitun.

4. Masukkan epal parut, gula perang, serbuk penaik, garam laut dan kayu manis serbuk. Pukul lagi adunan.

5. Masukkan susu badam dan kacau dengan sudip/spatula. Masukkan pula lobak merah parut dan kacau lagi biar rata.

6. Masukkan bijirin oat, badam, tepung dan kacau hingga sebati.

7. Cedok adunan dengan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam acuan mufin. Pastikan acuan diisi penuh.

8. Jika suka boleh taburkan walnut di atas muffin.

9. Bakar selama 30 minit hingga 35 minit. Keluarkan dari ketuhar.

Catatan:

  • Satu cara menentukan mufin sudah masak ataupun belum ialah dengan mencucuknya dengan lidi. Mufin sudah masak jika lidi yang dicucuk ke dalamnya keluar bersih.
  • Biarkan mufin selama 15 minit pada suhu bilik sebelum dihidangkan.
  • Muffin boleh dibekukan dan disimpan di dalam peti sejuk sehingga sebulan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map