Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada bantuan bagi mangsa kebakaran di Marsiling: Zaqy

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Negara Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad berkata pihaknya sedang membantu keluarga yang terjejas dengan kebakaran di Blok 218 Marsiling Crescent kelmarin.



"Kami dimaklumkan mengenai kebakaran yang berlaku di Blok 218 Marsiling petang kelmarin. Saya bersyukur kerana keluarga itu dalam keadaan baik dan anak-anak berada dalam keadaan stabil. Jika semuanya berjalan lancar, anak-anak itu akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi.



"Kami sedang membantu keluarga dengan pelbagai keperluan mereka ketika mereka pulih daripada kejadian ini. Kami juga akan menyemak sama ada bantuan lanjut diperlukan untuk mendapatkan semula barang-barang mereka dan memulihkan rumah mereka.



"Sementara itu, HDB juga telah menyediakan tempat tinggal sementara untuk keluarga dengan segera," jelas Encik Zaqy di Facebooknya semalam.



Pegawai polis sebelum ini telah menyelamatkan dua kanak-kanak kecil daripada kebakaran yang berlaku di flat itu.



Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mereka dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar 10.40 malam.



Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian kejadian, api sedang marak dan asap hitam tebal berkepul dari unit berkenaan.



Kebakaran itu melibatkan kandungan di bilik tidur di unit tingkat dua blok tersebut, menurut SCDF.



SCDF menambah api kebakaran dipadamkan dengan menggunakan satu jet air.



"Akibat kebakaran itu, seluruh unit berkenaan terjejas dan mengalami kerosakan dek haba serta asap," tambahnya.



Sebagai langkah berjaga-jaga, sekitar 60 penduduk dari unit-unit berhampiran dipindahkan oleh polis.



Dua kanak-kanak kecil yang ditemui dalam keadaan sedar di ruang tamu unit terjejas itu berjaya diselamatkan oleh dua pegawai polis.



Mereka dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK dengan menaiki dua ambulans SCDF.



"Kami difahamkan bahawa selepas kebakaran itu meletus, seorang anggota awam cuba membuka pintu unit terjejas itu secara paksa untuk menyelamatkan dua kanak-kanak kecil tersebut," menurut SCDF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >