Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada bukti berterusan vaksinasi boleh elak penyakit teruk apabila dijangkiti Covid-19

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



ADA bukti berterusan yang menunjukkan hampir semua individu yang divaksin sepenuhnya tidak mengalami penyakit serius apabila dijangkiti Covid-19, melainkan mereka mempunyai masalah kesihatan lain, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Berkongsi data bagi tempoh 28 hari yang lalu, MOH berkata bilangan orang yang mengalami sakit teruk atau meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 adalah 1.1 peratus dalam kalangan mereka yang telah divaksin sepenuhnya.



Bagi orang yang belum divaksin pula, kadar orang yang mengalami sakit teruk atau meninggal dunia adalah lebih tinggi iaitu 8.3 peratus.



Buat masa ini, 499 kes Covid-19 sedang dirawat di hospital, termasuk 22 kes yang mengalami sakit teruk dan memerlukan sokongan oksigen. Lima pesakit pula berada dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU).



Menurut MOH, dalam kalangan orang yang telah jatuh sakit teruk, 18 orang berusia lebih 60 tahun, termasuk sembilan yang belum divaksin atau hanya menerima satu dos vaksin sahaja.



Data terkini dari MOH menunjukkan 13 peratus warga tua berusia 70 tahun dan ke atas serta 8 peratus warga tua berusia antara 60 tahun dengan 69 tahun masih belum divaksin.



Ini bermakna sekitar 100,000 warga tua berusia 60 tahun dan ke atas belum divaksin, dengan pemerintah terus mempergiat pelbagai usaha menggalak golongan ini mendapatkan vaksinasi.



Bagi kumpulan warga tua berusia 70 dan ke atas sebanyak 84 peratus telah divaksin sepenuhnya, sementara 87 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.



Bagi warga tua berusia antara 60 tahun dengan 69 tahun pula 90 peratus telah divaksin sepenuhnya, dengan 92 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.



Pemerintah sedang mempergiat usaha menggalak kumpulan warga tua ini mendapatkan vaksinasi.



Selain menambah bilangan sukarela yang melawat dari rumah ke rumah untuk memvaksin penduduk yang tidak berupaya keluar rumah - bilangan pasukan sedemikian ditambah tiga kali ganda daripada 11 kepada 33 pasukan - jumlah klinik keluarga yang menawarkan khidmat vaksinasi Covid-19 juga dijangka bertambah bulan ini.



Awal minggu ini, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pula melancarkan muzik video yang menampilkan artis malar segar berbilang kaum untuk menggalak rakan seangkatan supaya mendapatkan vaksinasi.



Artis malar segar Rahimah Rahim ditampilkan dalam video muzik Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >