PENGUASA Pembangunan Semula Bandar (URA) kini sedang menjalankan satu pertandingan untuk mendapatkan idea terbaik bagi merancakkan sebuah kawasan awam dekat Taman Warisan Melayu di Kampong Glam.
Ia mengundang orang ramai menghantar idea mereka tentang cara untuk merancakkan lagi tempat itu sebagai ruang awam, yang terletak bersebelahan Gedung Kuning.