Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada ditimpa bencana, ada hadapi inflasi

Bangladesh, Pakistan, India dan Mesir antara negara hadapi cabaran besar
Jun 23, 2022 | 05:30 AM



PERBUATAN manusia memburukkan lagi petaka alam yang sedang dideritai sebahagian besar penduduk dunia.



Banjir, gempa bumi, tanah runtuh, kebakaran hutan dan pelbagai lagi bencana dilaporkan sedang berlaku di muka bumi meragut ratusan jiwa serta menjejas jutaan penduduk.



Penderitaan dan keadaan ini diburukkan lagi oleh kemelut politik yang mencetuskan peperangan hingga membawa kesan buruk terhadap ekonomi dunia.



Keamanan, kedamaian dan keselesaan yang dinikmati kini mulai tergugat.



Bekalan makanan semakin meruncing, bekalan tenaga terganggu.



Kesan perubahan iklim membawa padah hingga nikmat hujan berubah menjadi bencana seperti yang dialami di China, India dan Bangladesh.



Di India, banjir dan tanah runtuh meragut 358 jiwa sejauh ini dan berjuta penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat.



Rumah dan pelbagai prasarana musnah.



Musim tengkujuh di India bermula hujung bulan lalu dan dijangka berterusan hingga September.



Sementara itu, Asia akan menyaksikan gejolak seperti yang dialami di beberapa lapangan terbang di Eropah dan Amerika Syarikat sekiranya kebajikan kakitangan mereka tidak diselenggara dengan betul.



Pada 2019, sektor penerbangan global mempunyai 90 juta kakitangan. Tiga tahun kemudian, bilangan pekerja telah dikurangkan separuh daripada jumlah itu, menjadi 44 juta.



Perangkaan terbaru yang dikeluarkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata) Isnin lalu menggambarkan kekecohan yang sedang berlaku di Lapangan Terbang Heathrow di London dan Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam.



Bilangan penumpang di lapangan terbang melonjak dan syarikat penerbangan melihat prospek keuntungan yang bakal diraih.



Namun, kekurangan kakitangan untuk menguruskan bagasi dan memastikan penerbangan tiba menurut jadual mengecewakan harapan pemulihannya.



Walaupun sekarang Amerika dan Eropah yang terjejas, lapangan terbang di Asia akan mengalami keadaan serupa.



Peperangan di Ukraine, yang berekor dengan pelbagai sekatan ekonomi, termasuk bekalan bahan tenaga, turut menjejas negara-negara Asia secara meluas.



Thailand mula terjejas dengan kenaikan harga bahan tenaga, sebagaimana dialami Pakistan dan Sri Lanka.



Mesir pula mula mendapat tekanan apabila rakyat negara itu melakukan bantahan besar-besaran kerana kenaikan harga sebahagian besar komoditi.



Parlimen Mesir kelmarin meluluskan belanjawan yang 15 peratus lebih besar daripada sebelumnya dan sekali gus meningkatkan angka defisit sebanyak 14.5 peratus.



Belanjawan itu menggambarkan kesungguhan pemerintah Mesir untuk memperbaiki keadaan ekonomi yang semakin meruncing, kata Menteri Kewangan, Encik Mohamed al-Maait.



Dalam pada itu, bencana gempa bumi melanda beberapa negara, termasuk Afghanistan, Jepun, Iran, Taiwan, dan Argentina.



Gempa berukuran 6.1 magnitud di Afghanistan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 920 orang semalam.



Lebih 600 orang cedera dan angka kematian mungkin meningkat apabila maklumat masuk dari perkampungan pergunungan terpencil.



Gempa itu berlaku kira-kira 44 kilometer dari bandar Khost, berhampiran sempadan Pakistan, pada kedalaman 51 kilometer, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >