Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada individu radikal dikesan telah dipengaruhi ceramah Somad

Ajaran penceramah Indonesia itu ada kesannya, dan tidak boleh diterima di sini, kata Shanmugam
May 24, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA orang yang disiasat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) bagi radikalisasi didapati telah mengikuti ceramah dan ajaran pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semalam.



Antaranya ialah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Januari 2020.



"Dia telah menonton ceramah Somad di YouTube tentang pengeboman nekad. Anak muda itu mula percaya bahawa jika anda berjuang untuk ISIS, dan jika anda menjadi pengebom nekad, anda akan mati syahid dan mendapat ganjaran di syurga.



"Justeru anda dapat lihat ajaran Somad mempunyai kesan ke atas dunia nyata," kata Encik Shanmugam apabila ditemui media di ibu pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.



Komen dan ajaran Abdul Somad tidak dapat diterima di Singapura sama sekali, dan jika dilakukan di Singapura, akan menyebabkan pendakwah itu untuk dipenjara, kata Encik Shanmugam.



Contohnya Abdul Somad berdakwah bahawa pengeboman nekad dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap sebagai operasi 'syahid'.



Beliau juga membuat komen yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain seperti Kristian, dengan menggambarkan salib Kristian sebagai tempat kediaman 'jin kafir'.



Abdul Somad juga mengatakan orang Islam tidak harus menerima orang bukan Islam sebagai pemimpin kerana beliau berkata orang bukan Islam boleh berkomplot untuk menindas orang Islam.



Beliau juga berkata orang Islam tidak harus menaiki ambulans Palang Merah disebabkan kaitannya dengan salib Kristian.



"Adakah kenyataan ini dianggap sebagai boleh diterima di Singapura?



"Jika seseorang menyatakannya di Singapura, ISD akan mengunjunginya dan mereka akan dipenjara.



"Bahasa dan retorik yang digunakan, seperti yang anda lihat, adalah amat memecahbelahkan, dan tidak dapat diterima sama sekali di Singapura," kata Encik Shanmugam.



Beliau menekankan, keharmonian agama dan kaum di Singapura dianggap sebagai asas kepada masyarakat dan kebanyakan rakyat menerima hakikat ini.



MHA berkata sebelum ini Abdul Somad tidak dibenarkan masuk ke Singapura atas ajarannya yang bersifat ekstremis dan pengasingan.



Dalam kenyataannya, MHA berkata Abdul Somad telah ditemu bual sebaik beliau tiba di Terminal Feri Tanah Merah Singapura dari Batam pada 16 Mei lalu.



Berikutan temu bual tersebut, beliau bersama enam teman perjalanannya tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar pulang ke Batam dalam sebuah feri pada hari yang sama.



Setelah dilarang masuk ke Singapura, Abdul Somad berkata beliau akan cuba memasuki Singapura lagi kerana negara ini katanya merupakan "sebahagian daripada Tanah Melayu".



Mengulas tentang komen itu, Encik Shanmugam berkata kenyataan tersebut seolah-olah membawa maksud bahawa kedaulatan Singapura tidak relevan.



Encik Shanmugam juga berkata terdapat komen di media sosial yang telah mengancam untuk melakukan serangan 'seperti peristiwa 911' ke atas Singapura.



Komen yang dimuat naik di laman media sosial pemimpin Singapura telah dipadam oleh syarikat media sosial Meta dan akaun yang membuat komen itu juga dinyahaktifkan.



Encik Shanmugam juga menekankan Singapura mengambil pendekatan 'sifar toleransi' terhadap mana-mana bentuk ucapan dan ideologi kebencian, dan melindungi semua agama secara adil.



LAPORAN SELANJUTNYA: 'Toleransi sifar' terhadap ucapan kebencian: Shanmugam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >