Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT BERJAYA: Pendigitalan peluang & cabaran

Ada kerja tetap, tambah rezeki melalui kerja sebagai penghantaran makanan

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



Industri penghantaran mempunyai cabarannya yang tersendiri dan ia tidak kurang juga dikritik, tetapi ia turut membuka peluang untuk segelintir. Ada yang memanfaatkan sektor itu untuk meraih pendapatan tambahan dan sebagai cara mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Ada juga yang melihat peluang melanjutkan dan membantu sektor penghantaran. BERITA HARIAN melaporkan.




MEMPUNYAI pekerjaan tetap yang stabil sebagai penyelia keselamatan, namun Encik Mohammad Ridzwan Arwee tetap berusaha melakukan kerja sambilan sebagai pekerja penghantaran makanan.



Ini dilakukannya di samping menjalankan kerja rumah lain seperti memasak untuk anak-anak dan meluangkan masa dengan keluarga.



Beliau juga berharap apa yang dilakukannya itu dapat dijadikan contoh untuk ketiga-tiga anak lelakinya yang berusia 22, 21 dan sembilan tahun.



"Saya sudah biasa melakukan dua kerja sejak sebelum kahwin sampai sekarang. Bagi saya, jika ada peluang untuk menambah pendapatan, saya tidak harus melepaskannya. Saya tidak mahu tunggu sampai mengalami kesusahan baru fikirkan untuk kerja lebih. Inilah masanya untuk saya mengumpul wang untuk hari susah," katanya.



Encik Ridzwan, 43 tahun, melakukan kerja sepenuh masanya dari 5.30 petang hingga 5.30 pagi, berselang-seli lima atau enam hari seminggu.



Dari 8 pagi hingga 12 tengah hari, beliau melakukan kerja sambilannya sebagai pekerja penghantaran makanan dengan wadah Deliveroo.



Beliau kemudian memasak untuk anak bongsunya sebelum keluar ke kerja.



Pada hari beliau tidak bekerja, Encik Ridzwan akan menghantar makanan dari 8 pagi hingga 2 petang, pulang untuk masak, dan keluar semula menghantar makanan dari 8 malam hingga tengah malam.



"Pada hari saya bekerja sepenuh masa, saya cuma tidur paling lama tiga jam. Lepas masak saya baring sekejap sebelum keluar ke kerja," katanya.



Encik Ridzwan berkata beliau telah bekerja dengan Deliveroo sejak April tahun lalu dan melakukannya bersama anak sulung dan keduanya.



"Kami akan keluar bersarapan dulu sebelum berpisah jalan. Tiba masa untuk pulang, kami akan jumpa di satu tempat dan balik sama-sama. Tapi sekarang anak sulung saya sudah ada pekerjaan tetap, jadi saya cuma melakukan kerja penghantaran makanan dengan anak kedua saya," katanya yang menaiki basikal elektronik untuk menghantar pesanan.



Encik Ridzwan berkata beliau mendapat sekitar $800 sebulan daripada kerja sambilan itu dan bersyukur dengan adanya pendapatan tambahan tersebut sebagai persiapan untuk hari susah, termasuk penjagaan isterinya yang mengalami kencing manis dan perlu mengambil suntikan insulin tiga kali sehari.



"Saya mahu bersiap sedia kalau isteri saya perlu menjalani pembedahan atau sebagainya. Ia pernah berlaku sebelum ini apabila beliau mengalami bengkak air pada kakinya. Saya belajar juga daripada pengalaman menjaga arwah anak ketiga saya yang mengalami palsi serebrum. Pada waktu itu simpanan saya dan isteri habis. Jadi saya mahu berusaha sekarang untuk menambahkan simpanan sebagai persiapan hari belakang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >