Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Ada perlindungan undang-undang bagi golongan bawah umur: Rahayu

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



AKTA Orang Muda dan Kanak-Kanak (CYPA) menawarkan bantuan undang-undang kepada mereka berusia 18 tahun ke bawah, yang terjejas oleh liputan media mengenai acara melibatkan mereka.



Ini seperti menerbitkan maklumat yang mendedahkan identiti mereka, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, di Parlimen.



Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan oleh Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik He Ting Ru (GRC Sengkang), mengenai garis panduan media dalam mendekati golongan 18 tahun ke bawah di tengah-tengah insiden yang traumatik.



Baru-baru ini liputan media mengenai kes kematian seorang pelajar menengah 1 di Sekolah Tinggi River Valley yang didakwa dibunuh, menarik kritikan, termasuk dari para pelajar sekolah itu sendiri yang berkongsi pengalaman berdepan dengan wartawan.



Cik Rahayu menarik perhatian bahawa Pejabat Peguam Negara (AGC) telah mengingatkan media aliran utama tentang perlindungan undang-undang yang perlu diberikan kepada mereka di bawah umur, sebagai sebahagian daripada CYPA.



Di bawah akta itu, tiada orang dibenarkan untuk menerbitkan atau menyiarkan maklumat yang mengenal pasti, walau secara tidak sengaja - bagi mereka di bawah usia 18 tahun yang terlibat dalam apa jua prosiding mahkamah termasuk sebagai saksi.



"Jika ada media aliran utama atau dalam talian, atau sesiapa sahaja yang dalam kapasiti sendiri, menerbitkan sebarang maklumat yang mengenal pasti individu di bawah umur, terdapat bantuan undang-undang yang boleh mengambil tindakan ke atas pesalah," kata Cik Rahayu.



"Kami faham, tentunya, pelajar dan ibu bapa tidak mahu berhadapan dengan situasi begini.



"Jadi kami memohon kepada media dan masyarakat awam supaya mempunyai empati dan pertimbangan yang baik."



Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tee) juga bertanya jika Kementerian Perhubungan Penerangan boleh melakukan lebih untuk mengelak pelajar daripada diganggu media pada hari berlakunya insiden itu di Sekolah Tinggi River Vally.



Jawab Cik Rahayu, media telah difahamkan agar tidak menghampiri pelajar dan kakitangan sekolah di luar premis.



Mereka juga tidak diberikan akses ke kawasan sekolah.



"Kami sedar tentang kesedihan yang dirasakan pelajar dan ibu bapa.



"Tetapi memandangkan wartawan dan kru media berada di tempat awam... mereka berhak berada di situ seberapa lama yang mereka mahu sebab mereka tidak melanggar undang-undang keselamatan awam.



"Jadi pihak berkuasa tidak dapat melakukan banyak untuk mereka bersurai," tambahnya.



"Kita harus faham bahawa bukan hanya media... tetapi juga orang awam telah juga berkumpul di luar sekolah selepas berita diterima, untuk menyampaikan ucapan takziah dan sokongan serta luahan simpati. "



Cik Rahayu juga menyahut sentimen Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing dalam kenyataan media pada 27 Julai lalu, bahawa media telah menunjukkan sensitiviti dalam melaporkan insiden di Sekolah Tinggi River Valley.



"Kami akan terus berhubungan dan bekerja rapat dengan media untuk membolehkan mereka melakukan pekerjaan mereka di tengah-tengah tragedi, sementara mengutamakan kesejahteraan golongan yang terlibat," tambah beliau.




"Jika ada media aliran utama atau dalam talian, atau sesiapa sahaja yang dalam kapasiti sendiri, menerbitkan sebarang maklumat yang mengenal pasti individu di bawah umur, terdapat bantuan undang-undang yang boleh mengambil tindakan ke atas pesalah...Jadi kami memohon kepada media dan masyarakat awam supaya mempunyai empati dan pertimbangan yang baik."
- Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >