Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada ruang bagi wanita buru kejayaan: Rahayu

Nov 29, 2020 | 05:30 AM



WANITA Melayu telah mencatatkan perkembangan besar dan mencapai kemajuan ketara sejak beberapa dekad lalu, dengan terdapat lebih ramai yang memikul tanggungjawab besar dan menerajui jawatan kepimpinan hari ini, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Meskipun ini sesuatu yang membanggakan, beliau berkata masih terdapat lagi ruang untuk diperbaiki kerana wanita masih lagi menghadapi cabaran mengimbangi tugas di tempat kerja dan tanggungjawab di rumah.



Menyentuh tentang isu cabaran dan peranan wanita di Singapura, Cik Rahayu berkata lebih ramai wanita keluar bekerja hari ini, dengan kadar wanita yang keluar bekerja daripada usia 25 hingga 64 tahun lebih tinggi sekarang jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu.



Beliau turut memberi contoh wanita Melayu yang telah mengecapi kejayaan besar dan menjadi kebanggaan masyarakat dan negara.



Ini seperti Presiden Halimah Yacob; Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Cik Guy Ghazali; dan Presiden Mahkamah Syariah, Ustazah Raihanah Halid.



"Itu yang saya rasa boleh kita banggakan melihat ramai dalam kalangan wanita kita menduduki tempat di mana kita menjadi pemimpin masyarakat.



"Saya rasa ini juga sesuatu yang menandakan keterbukaan masyarakat kita untuk memberi peluang kepada wanita kita dan juga sesuatu yang boleh kita terus perbaiki kerana dalam masa yang sama, kita masih lihat juga cabaran yang dihadapi wanita yang mungkin harus mengimbangi segala tugas dan tanggungjawab dengan kerja yang mereka perlu lakukan di rumah," kata beliau.



Cik Rahayu mengongsi pandangannya itu ketika tampil sebagai tetamu dalam episod terakhir rancangan The BM Show hari ini. Episod ini mengupas topik tentang peranan dan cabaran yang dihadapi wanita Singapura hari ini.



Cabaran yang dihadapi wanita dalam mengimbangi pelbagai peranan dalam kehidupan lebih mendapat perhatian sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi semasa pandemik Covid-19.



Cik Rahayu berkata terutamanya semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan, ramai wanita terpaksa berdepan dengan kesukaran perlu menjaga anak dan keluarga di samping bekerja pada masa yang sama.



Beliau berkata keadaan itu membuat orang ramai perlu memikirkan kembali tentang pengagihan kerja dalam masyarakat kerana masih lagi wujud stereotaip lama bahawasanya wanita perlu melakukan peranan seperti menyiapkan makanan dan mengemas rumah.



Meskipun terdapat pelbagai sokongan disediakan, seperti subsidi buat ibu yang bekerja dan cuti bapa serta cuti ibu bapa berkongsi untuk golongan bapa, lebih banyak lagi usaha yang boleh dilakukan untuk membantu wanita yang bekerja.



Ini seperti sokongan majikan dalam menyediakan aturan pekerjaan fleksibel.



Malah, Cik Rahayu berkata satu komponen utama adalah untuk mengajak kaum Adam menyertai perbincangan tentang pembangunan wanita supaya mereka dapat benar-benar memahami cabaran isteri dan anak mereka, dan cuba memberikan sokongan semampu mungkin.



"Jadi seluruh masyarakat saya rasa perlu mengambil bahagian dalam usaha ini untuk terus mempertingkat dan membantu wanita untuk terus berjaya dalam kerjaya mereka dan juga di rumah," kata beliau.



LAPORAN LANJUT: Beri peluang tak terbatas pada wanita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >