Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada sektor berkembang, sedia peluang bagi pekerja dalam Covid-19

Maliki seru Melayu/Islam lengkapi diri dengan kemahiran bagi rebut peluang tersedia
Feb 28, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA sektor masih pesat berkembang dan menawarkan peluang baik bagi pekerja, walaupun pandemik Covid-19 menjejas ekonomi Singapura.



Oleh itu, pekerja Melayu/Islam perlu sedar akan kewujudan peluang itu dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan bagi memanfaatkan peluang tersedia itu, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.



Sikap terbuka dan bersedia menjalani latihan dan meningkatkan kemahiran perlu diterapkan bagi kekal relevan dalam situasi seperti ini, ujar beliau semasa mengulas selepas satu dialog Belanjawan bersama masyarakat Melayu/Islam semalam.



"Pekerja Melayu/Islam kita perlu bersedia bagi masa depan dan untuk memanfaatkan sektor yang berkembang.



"Mereka juga perlu memastikan diri mereka kekal relevan kepada syarikat masing-masing atau cari peluang dalam sektor sedang tumbuh," ujar Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).



Beliau berkata pelbagai program peningkatan kemahiran ditawarkan, namun yang lebih penting ialah anggota masyarakat sedar akan nilai latihan itu dalam membantu mereka kekal relevan pada masa depan.



Antara isu yang diketengahkan dalam dialog itu ialah bantuan bagi perniagaan tempatan dan pekerjaan.



Selain Dr Maliki, dialog anjuran bersama M³@Bedok dan M³@Geylang Serai itu disertai Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, dan penasihat akar umbi Kaki Bukit, Encik Shamsul Kamar.



Mengenai keprihatinan perniagaan tempatan berkaitan kos, Dr Maliki berkata bantuan yang diberi pemerintah bertujuan menggalak inovasi dan pengubahsuaian dalam kalangan perniagaan untuk mempertingkat produktiviti.



"Antara maklum balas yang banyak kami terima ialah berkaitan pelaksanaan dan penguatkuasaan inisiatif yang dilancarkan, dan kami faham.



"Untuk itu saya nasihatkan agar perniagaan berhubung dengan perantara yang benar-benar faham akan sistem ini dan bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk memastikan perniagaan boleh mendapatkan akses kepada sokongan yang diperlukan," ujar beliau.



Dr Maliki juga berkat ramai peserta mengutarakan keprihatinan tentang nasib pekerja dalam masa tidak menentu ini.



Antara inisiatif yang ditimbulkan semasa dialog itu oleh peserta ialah Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) bagi menggalak syarikat menggajikan pekerja tempatan.



"Pekerjaan sedang disediakan, syarikat juga disokong supaya menyediakan lebih banyak pekerjaan bagi penduduk tempatan.



"Namun, pekerja sendiri perlu membuktikan keupayaan mereka kepada syarikat, tunjukkan nilai mereka dan betapa syarikat akan berasa kehilangan jika mereka diberhentikan," kata Dr Maliki.



Sekitar 50 penduduk dua kawasan itu, rakan kongsi dan sukarelawan masjid menyertai dialog itu.



Satu lagi sesi serupa dijangka diadakan di Heartbeat@Bedok 8 malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >