Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada sokong, ada kecewa dengan berita Adi Putra nikah lagi

Peminat pelakon popular beri reaksi setelah beliau jelaskan keadaan
Jul 26, 2016 | 05:30 AM



PEMINAT Adi Putra umumnya menyokong keputusan beliau bernikah lagi sejurus selepas pelakon popular itu mengesahkan perkara tersebut setelah sekian lama mendiamkan diri.



Namun, pada masa yang sama, sebilangan peminat pelakon itu melahirkan rasa kecewa mengapa Adi perlu merahsiakan pernikahannya itu dan hanya mengadakan sidang media selepas berita tersebut tersebar dalam media sosial.



Seorang peminatnya yang dikenali sebagai Rubi Syaa menerusi laman Facebook rasmi Adi Putra menulis:



"Selamat menempuh hidup baru ye Adi... Semoga berkekalan."



Seorang lagi peminat yang dikenali sebagai Nuurulain Anne menulis:



"Berlaku adil pada kedua-duanya... rezeki akan datang lebih baik dari sekarang... percaya dan yakin Allah sentiasa merahmati kalian bertiga."



Namun, seorang wanita dengan gelaran Aziezah Aziz melahirkan rasa kecewanya.



Menulis di laman Facebook rasmi Adi Putra, beliau berkata:



"Tapi saya tetap kecewa atas tindak-tanduk anda kebelakangan ini. Isteri yang baik untuk seorang lelaki yang baik. Semoga Aida tabah dan sabar atas dugaan ini.



"Hanya wanita yang tahu hati dan perasaan wanita. Jika sekali hati dan perasaannya kecewa, ia tetap kecewa walaupun senyuman masih terukir di bibir. Hanya doa yang dapat saya berikan buat Aida Yusof."



Dalam satu sidang media semalam, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 35 tahun, memberi pengesahan bahawa beliau telah bernikah buat kali kedua dan gambar beliau menjalani upacara akad nikah yang tersebar dalam media sosial pada 16 Julai lalu adalah benar.



Bercakap kepada media di Kuala Lumpur sekitar 3 petang semalam, Adi berkata majlis pernikahan keduanya berlangsung pada 20 Jun lalu.



"Apa yang saya boleh katakan, berita yang tersebar itu adalah benar.



"Majlis itu berlangsung di kediaman isteri dan beliau merupakan orang Malaysia," katanya.



Sidang media tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial Facebook rasmi Adi Putra.



Namun, beliau tidak mendedahkan nama isteri atau pekerjaan isteri keduanya itu.



Berdasarkan laporan media sebelum ini, isteri keduanya dikenali sebagai Cik Norshahida Zolkafly, 33 tahun, ibu tunggal beranak satu, seorang pegawai korporat sebuah agensi kerajaan.



Adi kemudian mengulaskan tentang jawapan isteri pertamanya, Cik Aida Yusof, yang memberitahu akhbar Harian Metro bahawa beliau tidak mengetahui berita pernikahan suaminya itu.



"Di sini, saya ulaskan isteri saya tahu. Sebab apa dia kata 'tidak', dia pegang amanah, hukum dan tanggungjawabnya sebagai isteri... Kalau dia cakap 'ya', ada banyak persoalan... saya bangga isteri saya cakap 'tidak' supaya orang ramai tunggu penjelasan daripada saya," kata Adi.



Adi bernikah dengan isteri pertamanya, Cik Aida Yusof, 41 tahun, pada 14 April 2006 dan pernah memfailkan perceraian pada 11 Mei 2012 namun mereka memilih membatalkannya.




"Di sini, saya ulaskan isteri saya tahu. Sebab apa dia kata 'tidak', dia pegang amanah, hukum dan tanggungjawabnya sebagai isteri... Kalau dia cakap 'ya', ada banyak persoalan... saya bangga isteri saya cakap 'tidak' supaya orang ramai tunggu penjelasan daripada saya."
- Adi Putra mengenai penafian isteri pertamanya bahawa beliau bernikah kali kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >