ADA segolongan memerlukan dalam masyarakat yang layak untuk menerima zakat tetapi tidak tampil mendapatkan bantuan disebabkan faktor seperti kurang pengetahuan, sangsi dapat menerima bantuan atau enggan menjatuhkan maruah atau aib keluarga.
Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram berkata sebahagian daripada golongan memerlukan mempunyai tanggapan mereka tidak layak menerima bantuan zakat itu.