Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA: TINGGAL SEBUMBUNG TAPI NASIB JAUH BERBEZA

'Adam' rindu mahu beraya dengan adik kesayangan

May 01, 2022 | 05:30 AM



BELIAU dimasukkan ke rumah kebajikan kerana setelah kurang mendapat pemantauan ibu bapanya, yang hampir 'tidak hadir' dalam hidupnya.



Lantaran itulah, 'Adam' (bukan nama sebenar) sudah biasa menyambut Aidilfitri di rumah kebajikan, jauh daripada ibu bapanya.



Namun, ia tidak bermakna beliau tidak rasa rindu untuk menyambut hari penuh gemilang itu bersama keluarga.



Remaja berusia 15 tahun, itu yang baru dipindahkan ke Rumah Kebajikan Muhamaddiyah (RKM) tahun lalu tidak mempunyai penjaga untuk membawanya keluar dari rumah itu bagi menyambut Hari Raya.



"Kedua-dua ibu bapa saya tiada. Ibu saya dalam penjara," katanya dengan ringkas kepada Berita Minggu (BM).



Adam yang mempunyai seorang adik perempuan dan lagi lima adik tiri - namun kesemuanya di bawah jagaan Rumah Tumpangan Kanak-kanak Sukarela atau keluarga titipan - sudah biasa menyambut Hari Raya di rumah kebajikan dan tahun ini bukan satu pengecualian buatnya.



Sebelum ini, 'Adam' dan adik-adiknya dijaga oleh ibunya dan seorang ayah tiri, namun kedua-dua penjaga itu dipenjara bagi tempoh lama.



Dia juga sudah tidak ingat bila kali terakhirnya beliau dapat bertemu dengan adik-adiknya untuk beraya sekeluarga.



"Saya sedih sebab ramai kawan saya dalam Muhammadiyah akan beraya dengan keluarga masing-masing.



"Saya pun rasa sedikit iri hati apabila saya lihat teman-teman saya yang mempunyai keluarga untuk menjaga mereka, mengajak mereka pulang untuk menyambut Hari Raya," ujarnya lagi.



"Saya benar-benar berharap dapat bertemu dengan adik-beradik saya untuk Hari Raya, sebab sudah lama saya tidak bertemu dengan mereka dan saya rindu dengan mereka," kata 'Adam'.



Namun, mujur terdapat beberapa kegiatan sempena perayaan bulan Syawal ini yang menanti 'Adam' di rumah kebajikan bagi budak-budak lelaki yang baru berpindah ke premis baru di Pasir Ris.



Antara lain, penghuni RKM yang tidak cuti pulang ke rumah bagi menyambut Aidilfitri dapat menyertai bengkel menganyam ketupat, pesta bunga api, membakar sate dan pesta durian selain kegiatan biasa dilakukan seperti mengadakan takbir Raya bersama dan solat Aidilfitri.



Seramai 25 peratus penghuni di MWH akan menyambut Hari Raya di rumah kebajikan itu dan tidak seperti sejak dua tahun lalu ekoran pandemik, semua kegiatan boleh dilakukan bersama tanpa dipisahkan berdasarkan zon.



"Memadangkan ini pertama kali saya menyambut Hari Raya di Muhammadiyah, saya dengar ada tradisi bermain bunga api dan menjamu selera makanan enak semasa Hari Raya," kata 'Adam'.



'Adam' berkata dia juga tidak sabar bersolat secara berjemaah dengan rakan-rakan dan pegawai di situ.



"Saya pun tak sabar bertakbir bersama-sama," kata 'Adam'.




“Saya pun rasa sedikit iri hati apabila saya lihat teman-teman saya yang mempunyai keluarga untuk menjaga mereka, mengajak mereka pulang untuk menyambut Hari Raya. Saya benar-benar berharap dapat bertemu dengan adik-beradik saya untuk Hari Raya, sebab sudah lama saya tidak bertemu dengan mereka dan saya rindu dengan mereka.’’
- ‘Adam’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >