Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Adangan antirempuhan antara ciri keselamatan parti kira detik Tahun Baru Sentosa

Dec 30, 2017 | 07:07 PM



KESELAMATAN akan dipertingkat bagi acara kira detik  Tahun Baru di Pantai Siloso di Sentosa  pada  Ahad (31 Dis). Untuk pertama kalinya, Parti Pantai Siloso itu   akan dilingkari  oleh blok konkrit dan adangan  mudah alih demi  meningkatkan keselamatan  pengunjung.



Langkah   antirempuhan ini,  ditambah dengan lebih banyak rondaan  polis di darat dan  Polis  Pengawal Pantai  di laut, akan meningkatkan keselamatan bagi   acara itu, kata Superintenden  Daniel Hui, ketua operasi di Divisyen  Polis Clementi, lapor The Straits Times dalam talian semalam.



Pada  April, Akta Ketenteraman   Awam  dipinda untuk meningkatkan keselamatan pada acara  awam  besar. Ia memberi  kuasa kepada  polis untuk mengarahkan penganjur acara  meletakkan langkah  keselamatan seperti pemeriksaan beg dan badan, sekatan  antikenderaan dan kehadiran pegawai polis tambahan  bersenjata.



Supt Hui berkata: “Memandangkan bilangan insiden keselamatan di peringkat serantau dan global, langkah-langkah tambahan akan memastikan keselamatan pengunjung parti.”



Terdapat beberapa kejadian rempuhan kenderaan  di bandar seperti Paris, London dan Barcelona.



Supt Hui berkata pengunjung acara boleh menjangka   peningkatan keselamatan di lapangan, dengan lebih ramai pegawai, seperti daripada   unit  Komand Operasi Khas serta pegawai keselamatan Sentosa Development Corporation (SDC).



“Selain meningkatkan keselamatan awam, kehadiran polis   membantu menghalang kejadian seperti kecurian dan pencabulan.”



Berbanding tahun lepas, terdapat 10 peratus hingga 20 peratus peningkatan dalam tenaga polis yang dikerahkan ke  parti pantai tahunan itu, kata Supt Hui.



Lebih  200 pegawai keselamatan privet,  yang didapatkan  oleh SDC, dan pegawai polis, termasuk pegawai beruniform dan preman,  akan digunakan untuk acara kira detik itu.



SDC juga akan menggunakan sofwe  baru untuk meningkatkan keupayaan pengawasan video  24 jam di sekitar Sentosa.



Sofwe itu   menganalisis rakaman televisyen litar tertutup dan menggunakan algoritma masa nyata untuk mengesan sesuatu yang di luar kebiasaan.  Ia kemudian akan memberi amaran kepada pegawai keselamatan SDC dan polis yang berpusat di Pusat Komand  Bersama pulau tersebut.



Pengunjung parti itu juga harus menjangka pemeriksaan   beg sebelum mereka memasuki kawasan acara. Ini adalah kebiasaan   sejak Parti Pantai Siloso  bermula 11 tahun lalu, kata Pengarah Keselamatan SDC, Encik  Lee Cheow Hiang.



Beliau menasihatkan pengunjung datang  satu hingga dua jam lebih awal untuk melepasi pemeriksaan  keselamatan.



Selain bersedia  menangani kejadian ketenteraan awam, SDC dan polis  bersedia melakukan pemindahan besar-besaran dan menubuhkan kawasan berkumpul di serata  pulau itu jika perlu, tambah Encik Lee.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >