Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Adecco Personnel rakan penempatan Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited pertama

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



ADECCO Personnel dipilih sebagai agensi pekerjaan pertama menjadi rakan penempatan Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited bagi menyediakan khidmat pemadanan kerjaya profesional kepada pemohon kerja.



Mempunyai rakan sedemikian melengkapi usaha pemadanan pekerjaan sedia ada pemerintah dan meningkatkan kapasiti penempatan secara keseluruhan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) semasa mengumumkan itu semalam.



Agensi pekerjaan yang menunjukkan kemampuan mengambil pekerja secara adil akan dilantik sebagai rakan penempatan membantu pemohon kerja Singapura dan Penduduk Tetap (PR) mencari peluang di bawah program Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.



Pelantikan rakan penempatan juga satu pengiktirafan akan peranan penting agensi pekerjaan dalam pasaran buruh, memandangkan kepakaran dan rangkaian luas mereka dalam pemadanan kerja, ujar MOM dan WSG.



Agensi pekerjaan yang dilantik menerima yuran bagi penempatan pemohon kerja matang, pemohon kerja lama menganggur atau golongan kurang upaya ke dalam pekerjaan, program pelatih dan bekerja sambil belajar.



Mereka diharap menetapkan langkah khusus bagi membantu pemohon kerja mendapatkan peluang bekerja sambil belajar, program pelatih atau pekerjaan.



Adecco Personnel dipilih menerusi tender terbuka dan pelantikannya selama setahun. Ia beribu pejabat di Switzerland dan berada di Singapura sejak 1985.



Selain khidmat pemadanan kerja, Adecco Personnel akan memberi pemohon kerja panduan kerjaya menerusi bengkel fizikal dan maya.



Ketua Eksekutif WSG, Encik Tan Choon Shian, berkata: "Kami tentunya berharap pemohon kerja akan memanfaatkan khidmat sebegitu sepenuhnya untuk memudahkan dan memendekkan tempoh mereka mencari kerja."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >