Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

ADI PUTRA KAHWIN LAGI?

Adi masih membisu tetapi peminat beri pelbagai reaksi

Jul 19, 2016 | 05:30 AM

ADA yang cemuh, ada yang ucap tahniah.

Tidak kurang juga yang bukan main marah dengan berita pelakon popular asal Singapura, Adi Putra, telah berkahwin lagi.

Perkara itu heboh diperkatakan peminat dan bukan peminat Adi, 35 tahun, setelah gambar lelaki seiras beliau menjalani upacara akad nikah disebarkan.

Adi, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, bagaimanapun belum memberi sebarang komen mengenai hal tersebut.

Percubaan Berita Harian menghubunginya tidak berjaya.

Berita Popular

Awal daripada itu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan foto Adi bernikah dengan ibu tunggal beranak satu, Cik Norshahida Zolkafly, 33 tahun, dalam majlis tertutup Ramadan lalu, tersebar di media sosial.

Beliau dan wanita itu, pegawai korporat sebuah agensi kerajaan, dikatakan menjalankan perniagaan bersama-sama sejak setahun lalu.

Perkahwinan itu dikatakan yang ketiga bagi wanita tersebut dan yang kedua bagi Adi, yang mendirikan rumah tangga dengan Cik Aida Yusof, 41 tahun, pada April 2006.

Adi pernah memfailkan permohonan perceraian pada Mei 2012, namun menarik balik permohonan itu.

Semalam, Adi dan Cik Aida memuat naik gambar mereka berdua di akaun Instagram masing-masing berserta emotikon muka tersenyum.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Utusan Malaysia, Adi dan Cik Aida sedang bercuti di luar negara dalam usaha Adi menenangkan hati isteri pertamanya itu.

Beberapa peminat Adi yang dihubungi semalam berkata mereka akan terus menyokong Adi kerana menghargai bakat lakonannya, bukan apa yang berlaku dalam kehidupan peribadinya.

Penganjur acara, Cik Asliana Abdul Ghani, berkata mungkin ada sebab Adi merahsiakan perkahwinan itu dan yakin pelakon itu akan tampil memberi keterangan.

"Mungkin beliau menunggu waktu sesuai untuk berkongsi. Bagaimanapun, soal itu bergantung pada dirinya sama ada mahu mengongsi atau tidak kerana soal perkahwinan adalah perkara peribadi.

"Sudah tentu peminat yang telah lama menyokong Adi ingin tahu perkembangan dalam kehidupan idola mereka. Namun, tidak salah jika Adi memilih berahsia," kata Cik Asliana.

Walau apapun, Cik Asliana berkata beliau akan terus menyokong Adi kerana "mahu melihat hasilnya, bukan kehidupan peribadinya".

Begitu juga pandangan seorang lagi peminat Adi, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Ros.

"Terkejut juga. Tapi itu hal peribadi. Pada masa sama, saya tidak begitu hairan dengan berita itu kerana ini bukan kali pertama beliau terlibat dalam kontroversi," katanya.

Cik Ros berkata sekiranya benar Adi bernikah isteri kedua, beliau mendoakan yang terbaik buatnya.

Adi, yang sepatutnya menemui peminat di Malaysia dalam satu acara perjumpaan Hari Raya kelmarin, telah membatalkan acara itu.

Ada pengguna Instagram, seperti 'aiman.loy' mengasihani Adi dan memberi kata-kata perangsang kepadanya seperti "terus tabah" dan "semoga ada rezeki zuriat".

Namun ada juga yang menyindir, seperti pengguna 'khairiahteja' yang menulis: "Kau terpengaruh drama Lambaian Ramadhan ke?"

Drama Ramadan lalu itu mengisahkan watak yang dipegang Adi sebagai lelaki yang bermain kayu tiga. Sementara itu, penceramah selebriti Ustaz Zul Ramli berkata Adi perlu memberi penjelasan supaya tidak timbul sebarang fitnah.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map