Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Adik-beradik antara mangsa nahas di Lucky Plaza

Dec 30, 2019 | 02:44 PM

YANG seorang meninggal dunia manakala seorang lagi pula dirawat di hospital.

Pasangan adik-beradik itu merupakan antara enam mangsa warga Filipina dalam nahas di Lucky Plaza semalam (29 Disember).

Kemalangan itu turut mengorbankan seorang lagi wanita.

Kesemua mereka bekerja sebagai pembantu rumah di sini dan merupakan kawan rapat.

Dua wanita yang meninggal dunia itu berusia 41 dan 50 tahun manakala baki empat mangsa yang cedera – 37 hingga 56 tahun – kini dirawat di Hospital Tan Tock Seng.

Menurut akhbar The Straits Times, wanita yang terkorban itu ialah Abigail Danao Leste dan Arlyn Picar Nucos.

Mereka telah bekerja di Singapura selama lebih 20 tahun.

Pengerusi Pusat Pekerja Domestik, Encik Yeo Guat Kwang, berkata keenam-enam mangsa itu sering bertemu pada hujung minggu.

“Mereka sudah lama bekerja dan menyumbang kepada keluarga setempat selama ini.

“Tentunya kami ingin melakukan yang terbaik untuk membantu mereka,” ujarnya.

Encik Yeo turut menggesa orang awam menghormati keluarga mangsa dan tidak menyebarkan gambar atau video yang menunjukkan nahas itu di media sosial.

Polis sedang menyiasat kejadian itu.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian