Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Adik-beradik Preeti dan Subhas Nair keluarkan permohonan maaf baru

Aug 03, 2019 | 05:25 PM



SEHARI selepas mereka dikritik kerana mengeluarkan permohonan maaf yang disifatkan sebagai “mempersenda dan tidak ikhlas”, artis YouTube Preeti dan Subhas Nair mengeluarkan permohonan maaf yang baru selepas mengeluarkan video rap yang penuh kontroversi. 



Dalam kenyataan panjang di media sosial mereka hari ini, adik-beradik tersebut berkata: “Kami telah meminta maaf, tetapi kami faham lebih banyak yang perlu dikatakan dan dilakukan.” 



Tambah mereka: “Kami meminta maaf atas nada, kekasaran, kekesatan dan gerak isyarat yang digunakan dalam muzik video K.Muthusamy.”  



Sebelum itu mereka telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf jika video itu menyakitkan hati sesiapa tanpa disengajakan dalam video respons terhadap iklan yang memaparkan pelakon Dennis Chew. 



Namun, kenyataan mereka mengikut kata-kata maaf yang dikeluarkan Havas Worldwide, agensi kreatif yang dilantik bagi mengeluarkan iklan dimainkan pelakon Dennis Chew, serta cabang pengurusan selebriti Mediacorp, The Celebrity Agency (TCA).



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah mengeluarkan kenyataan selepas itu dan berkata bahawa kenyataan tersebut merupakan permohonan maaf yang mempersenda dan tidak ikhlas. 



"Langkah meniru itu dilakukan seolah-olah ia merupakan permohonan maaf tetapi sebenarnya merupakan penghinaan bagi kebanyakan warga Singapura yang rasa video 'rap' itu berbaur perkauman,” ujar kenyataan MHA semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >