Aduan libat pengguna PMD boleh dibuat melalui aplikasi
Jun 21, 2019 | 05:30 AM
PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) sedang berusaha memperbaiki aplikasi MyTransport.SG untuk memudahkan orang ramai memberi maklum balas berkenaan pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) yang tidak bertanggungjawab.
Ini termasuk menghantar gambar atau video dengan mudah untuk membolehkan LTA melakukan penguatkuasaan secara lebih berkesan dan tertumpu, menurutnya dalam satu kenyataan semalam.