Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aduan libat pengguna PMD boleh dibuat melalui aplikasi mulai hari ini

Jul 31, 2019 | 05:30 AM



MULAI hari ini, orang ramai boleh menggunakan kemudahan 'Lapor insiden PMD/PAB' dalam aplikasi MyTransport.SG untuk menghantar gambar atau video penunggang alat mobiliti peribadi (PMD) atau basikal menggunakan kuasa (PAB) yang salah.



Menurut kenyataan di Facebook Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dengan kerjasama orang awam, ia akan dapat membantu mengesan lokasi di mana ramai penunggang menunggang dengan lalai dan memperuntukkan lebih ramai pegawai LTA untuk menangkap mereka yang bersalah.



LTA juga sedang bekerjasama dengan GovTech untuk cuba melaksanakan penggunaan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) bergerak, sebagai inisiatif agar penunggang akan mengurangkan kelajuan mereka apabila di kaki lima.



LTA berkata maklum balas yang diberikan orang ramai tentang kawasan 'hot spot' sebelum ini banyak membantu dalam usaha penguatkuasaan terhadap pengguna PMD yang melakukan kesalahan.



Sejak 1 Julai lalu, menaiki atau memberi kebenaran kepada orang lain untuk menaiki e-skuter yang tidak berdaftar akan menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.



Begitu juga bagi penjual yang menjual PMD yang tiada pengesahan UL2272.



Pesalah kali pertama boleh didenda sehingga $2,000 dan/atau penjara sehingga tiga bulan.



Pendaftaran e-skuter bermula sejak 2 Januari lalu dan pemilik masih boleh mendaftar peranti mereka secara dalam talian di laman www.onemotoring.com.sg/escooter.



E-skuter yang berdaftar akan mempunyai 'Tanda Pendaftaran LTA' dan 'Tanda Pengenalan' yang mengandungi nombor pendaftaran unik yang diberikan pada e-skuter mereka.



Tanda itu akan dipasang pada e-skuter tersebut.



Mereka yang mendaftar harus berusia 16 tahun ke atas dan perlu mengisytiharkan bahawa e-skuter mereka mematuhi kriteria peranti yang ditetapkan di bawah Akta Mobiliti Aktif 2017.



Ini termasuk e-skuter tidak melebihi berat 20 kilogram, mempunyai kelebaran maksimum 70 sentimeter dan mempunyai kelajuan maksimum 25 kilometer/sejam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >