UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) sedang menangani satu aduan oleh dua mahasiswa dan seorang bekas pelajarnya mengenai pandangan seorang pensyarah universiti itu berkenaan homoseksual.
Dalam surat mereka kepada NUS, pelajar possiswazah sains politik, Encik Benjamin Seet; mahasiswa sains politik dan falsafah, Encik Khairulanwar Zaini; dan bekas pelajar undang-undang, Cik Melissa Tsang, membantah pos Profesor Madya Syed Muhd Khairudin Aljunied, daripada Jabatan Pengajian Melayu, di Facebook.