ISKANDAR PUTERI (Johor): Pelaksanaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) tidak seharusnya ditangguhkan lagi, sebaliknya perlu dimulakan sekarang bagi memastikan kelangsungan pembangunan hasil kutipan bayaran itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat, berkata jika perkara itu sudah dilaksanakan, kerajaan dapat mengutip hasil bagi menambah baik prasarana dan pelbagai kemudahan, terutama untuk rakyat Johor.