Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AED-on Wheels bantu pemandu Grab bertindak hadapi kecemasan

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 64 pemandu kereta sewa Grab sudah dilatih dan kini dapat bertindak kepada kejadian kecemasan seperti serangan jantung.



Malah, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah melengkapi 50 kenderaan sewa privet Grab dengan defibrilator luaran automatik (AED) sementara Grab menyediakan kenderaan tersebut dengan alat pemadam api dan kit bantuan kecemasan.



Kesemua pemandu Grab itu telah menjalani latihan untuk mengamalkan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), menggunakan pertolongan kecemasan, alat pemadam api serta AED menerusi Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat (CEPP) oleh SCDF.



Ini sebagai sebahagian program AED-on-Wheels SCDF-Grab yang dilancarkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semalam.



Ini menjadikan Grab syarikat kenderaan sewa privet pertama yang menyertai program AED-on-Wheels.



Dalam ucapannya di majlis pelancaran yang diadakan di pusat pemandu Grab di Sin Ming Lane, Dr Faishal berkata pemandu yang menjadi sebahagian program ini boleh membawa perbezaan penting dalam kehidupan orang lain.



"Apabila kes serangan jantung dilaporkan, pemandu ini akan dimaklumkan menerusi aplikasi myResponder SCDF. Sekiranya mereka berada dalam kawasan itu, mereka boleh dengan cepat menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan itu. Tindak balas cepat kepada kecemasan perubatan sebegitu boleh membezakan antara hidup dengan mati. Bagi setiap minit yang diselamatkan, peluang bagi individu itu untuk hidup meningkat sebanyak 7 hingga 10 peratus," ujarnya yang menggesa orang ramai untuk memuat turun aplikasi myResponder.



Dr Faishal berkongsi bahawa sejauh ini, hampir 90,000 orang telah mendaftarkan diri di aplikasi myResponder, dan mereka telah bertindak balas kepada hampir separuh semua kes di aplikasi itu.



Malah pada Oktober tahun lalu, perangkaan itu meningkat kepada 61 peratus, salah satu kadar paling tinggi, walaupun dengan keadaan Covid-19.



Pengarah Urusan Grab Singapore, Encik Yee Wee Tang, berkata mereka berbesar hati menjadi sebahagian program AED-on-Wheels.



"Program yang bermakna ini, berfaedah ini bukan sahaja mengukuhkan daya tahan masyarakat, tetapi juga membolehkan pemandu kami memainkan peranan yang aktif dalam menyelamatkan nyawa," katanya.



Antara pemandu Grab yang telah menyertai program tersebut adalah Cik Margaret Chan, 65 tahun, yang sebelum ini kadangkala melihat kemalangan di jalan raya tetapi tidak tahu apa untuk lakukan.



Namun, dengan ilmu yang ditimba, Cik Chan kini tahu langkah yang perlu diambil apabila berdepan dengan kejadian kecemasan.



Menurutnya, seandainya beliau sendiri pengsan, beliau juga ingin orang lain untuk bantunya sedar semula dan mencegah otaknya daripada kekurangan oksigen yang dapat menyebabkan dirinya menjadi lumpuh atau kurang upaya.



"Sebelum doktor atau ambulans tiba, kita boleh membantu menyelamatkan nyawa. Tolong orang itu supaya mereka tidak jadi kurang upaya sepenuhnya," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >