CERAMAH MUIS
Agama mampu tangani krisis dunia
Profesor Armstrong tekankan sikap belas kasihan yang amat diperlukan dalam dunia hari ini dan persoalan tentang nilai kesaksamaan yang perlu ditangani
Jun 23, 2019 | 05:30 AM
DALAM dunia yang bergelora dengan pelbagai masalah hari ini, agama boleh memainkan peranan penting dalam menjadi panduan buat manusia menangani isu-isu tersebut.
Demikian intisari ceramah bertajuk Faith and the Future of Humanity (Kepercayaan dan Masa Depan Manusia) yang disampaikan ahli sejarah agama dunia, Profesor Karen Armstrong, di Ceramah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Hotel Orchard, kelmarin.