Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AGC arah pemblog Han Hui Hui turunkan pos hina mahkamah

Mar 15, 2017 | 09:33 AM



PEJABAT Peguam Negara (AGC) telah menyuruh pemblog Han Hui Hui menurunkan beberapa pos dalam talian beliau yang menuduh hakim berbohong untuk menganiayainya dari segi politik.



AGC menulis surat kepada beliau pada Isnin (13 Mac) dan memberinya tujuh hari untuk menurunkan pos itu dan memohon maaf bagi dakwaan beliau di semua akaun media sosialnya.



Jika Cik Han tidak mematuhinya, AGC akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap beliau, kata jurucakap AGC kepada akhbar The Straits Times pada Selasa.



Cik Han, 25 tahun, memuat naik sebuah video di YouTube dan menaikkan lima pos Facebook antara 21 Jan dan 25 Feb mengenai masalah beliau dengan undang-undang.



Pada Jun lalu, beliau didenda $3,100 kerana menganjurkan bersama pada 2014 sebuah perhimpunan bantahan yang mengganggu sebuah acara amal di Taman Hong Lim dan menganjurkan demonstrasi tanpa kebenaran.



Bulan lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap keputusan itu.



AGC berkata pada Isnin bahawa pos dalam talian itu menghina mahkamah.



Sebagai contoh, pos pada 22 Jan "secara salah menyatakan bahawa anda dan orang lain yang dibicarakan bersama anda didapati bersalah kerana mahkamah mahu menganiayai anda dan tertuduh lain dari segi politik".



"Selain itu, ia secara salah menyindir bahawa mahkamah dapat mensabitkan kesalahan anda dengan sengaja mencari kesalahan anda berhubung isu-isu tidak penting."



Cik Han menulis dalam pos 22 Jan itu bahawa keputusan mahkamah tersebut "kes penganiayaan politik terang-terangan". Beliau berkata denda ke atasnya mempunyai "niat penganiayaan politik semata-mata untuk membuat saya tidak layak bertanding dalam pilihan raya parlimen".



Seseorang yang disabitkan dengan sesuatu kesalahan dan didenda $2,000 atau lebih hilang kelayakan menjadi calon pilihan raya. Cik Han bertanding di kawasan undi Radin Mas dalam Pilihan Raya Umum 2015.



"Ini adalah dakwaan yang sangat serius yang menghina mahkamah kita. Ia sesuatu yang keji, palsu dan dibuat tanpa asas rasional," kata AGC dalam suratnya kepada Cik Han.



Cik Han menyiarkan di laman Facebook beliau pada Isnin bahawa AGC telah menulis surat kepada beliau. Beliau tidak menurunkan pos yang dikatakan AGC menghina mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >