Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AGC buat permohonan ambil tindakan terhadap Li Shengwu kerana hina mahkamah menerusi catatan Facebook

Aug 05, 2017 | 07:42 AM



PEJABAT Peguam Negara (AGC) telah memfailkan permohonan untuk mengambil tindakan terhadap Encik Li Shengwu kerana menghina mahkamah menerusi catatan Facebook beliau mengenai sistem kehakiman Singapura. 



AGC berkata ia mengambil keputusan bertindak setelah Encik Li, anak lelaki Encik Lee Hsien Yang, dan anak saudara Perdana Menteri Lee Hsien Loong, gagal memadamkan catatan tersebut dan memohon maaf sebelum 5 petang, Jumaat lalu - batas waktu yang telah dilanjutkan atas permintaan Encik Li sendiri. 



Dalam catatan pada 15 Julai itu, Encik Li, 32 tahun, telah mengeluarkan satu pos secara privet kepada "kawan-kawan sahaja", rencana akhbar Wall Street Journal berkenaan pertikaian Oxley Road berjudul ‘Singapore, a model of orderly rule, is jolted by a bitter family feud’ (Singapura, contoh kepimpinan rapi, dikejutkan pertelingkahan pahit keluarga).



Encik Li juga meletakkan pautan rencana New York Times pada 2010 yang mengkritik perdana menteri pengasas Lee Kuan Yew dan pemerintah mengenai apa yang dirasakannya sebagai penapisan akhbar luar negara.



Dalam catatannya itu, beliau berkata media asing telah melakukan penapisan sendiri (self-censorship) kerana takut akibat tindakan undang-undang yang diambil terhadap mereka sebelum ini.



AGC dalam kenyataannya lewat Jumaat (4 Ogos) berkata ia telah mengirimkan surat amaran kepada Encik Li pada 21 Julai.



Dalam surat tersebut, Peguam Negara Kanan, Francis Ng, berkata artikel New York Times itu menggambarkan pemerintah Singapura sebagai rejim autoritarian yang menggunakan sistem penghakiman Singapura secara agresif untuk mensenyapkan pengkritik, meskipun kritikan itu adil dan bernas.



Merujuk kepada catatan Facebook Encik Li itu, beliau berkata: "Makna jelas catatan itu, dalam merujuk kepada 'sistem mahkamah yang lemah' ialah sistem kehakiman bertindak atas arahan pemerintah Singapura, tidak bebas dan telah membuat keputusan serta akan terus membuat keputusan yang berpihak kepada pemerintah Singapura dalam apa juga prosiding, tanpa mengira merit kes."



"Dakwaan ini diperkukuh menerusi rujukan anda, dan sokongan anda yang jelas, kepada artikel itu," tambah Encik Ng, merujuk kepada rencana New York Times.



Encik Li telah diarah supaya mematuhi perkara berikut selewat-lewatnya 5 petang, 28 Julai:



- Memadamkan catatan dari laman Facebook dan lain-lain wadah media sosial dan dalam talian serta lain-lain dokuman dalam simpanan, penjagaan atau kawalannya.



- mengeluarkan dan membuat catatan bertulis dan perjanjian mengikut terma yang ditetapkan dalam surat AGC di laman Facebooknya.



Encik Li kemudian menulis kepada AGC meminta tarikh batas bagi beliau memberi respons kepada surat AGC itu dilanjutkan kepada 5 petang, 4 Ogos, 



Permintaan tu diluluskan namun beliau gagal memadamkan penghinaannya dan memohon maaf sebelum tempoh tersebut,



Sementara itu, dalam satu pos awal yang dikeluarkan Jumaat, Encik Li berkata catatan awalnya itu bukanlah bertujuan menyerang sistem penghakiman negara.



"Bukan niat saya untuk menyerang sistem penghakiman Singapura dan menjejas keyakinan awam terhadap pentadbiran keadilan. Kritikan yang saya buat adalah terhadap sikap pemerintah Singapura yang terlalu cenderung mengambil tindakan undang-undang (litigious nature) dan menggunakan undang-undang dan tindakan undang-undang untuk menyukarkan kebebasan akhbar," kata beliau.



"Bagaimanapun, untuk mengelak sebarang salah faham, saya telah membetulkan catatan awal saya untuk menjelaskan tujuan saya yang sebenar," tambah Encik Li. 



Catatannya yang dibetulkan itu tidak boleh diakses awam,



Memberi respons kepada keputsan AGC itu, Encik Li berkata di laman Facebooknya malam Jumaat: "Ini adalah perkembangan baru. Mujur kawan-kawan saya tahu apa sebenarnya yang telah berlaku (call a spade a spade)."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >