Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AGC campur tangan dalam tindakan studio terhadap muat turun haram filem

Aug 17, 2016 | 10:17 AM



STUDIO Hollywood yang sebelum ini bertindak ke atas penduduk Singapura yang secara haram memuat turun filem Dallas Buyers Club sekarang memberi tumpuan pada mereka yang melakukan perkara sama bagi sebuah lagi filem.



Bagaimanapun, pihak berkuasa di sini masuk campur kali ini bagi memastikan "tiada penyalahgunaan proses".



Filem terlibat kali ini ialah Fathers & Daughters, sebuah filem 2015 yang dibintangi Russell Crowe.



Voltage Pictures, yang diwakili firma undang-undang tempatan Samuel Seow Law Corp, tahun lalu meminta syarikat telekomunikasi Singapura memberinya butiran pelanggan Singapura yang didapati memuat turun secara haram filem Dallas Buyers Club.



Sekarang, Voltage dan sebuah lagi studio Hollywood, QOTD Film Investment, yang menghasilkan Queen Of The Desert, yang dibintangi Nicole Kidman, sedang mencari butiran orang yang memuat turun dua filem itu tanpa kebenaran.



Voltage bertindak melalui Fathers & Daughters Nevada LLC dalam kes ini, dengan firma undang-undang Singapura yang sama mewakilinya.



Difahamkan dua studio itu telah mengenal pasti alamat lebih 500 protokol Internet (IP) Singapura yang digunakan untuk memuat turun dua filem tersebut.



Alamat IP itu digunakan oleh pelanggan Singtel, StarHub dan M1



Satu persidangan sebelum perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi pada Selasa (16 Ogos), dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) diwakili semasa sesi itu.



Jurucakap AGC memberitahu akhbar The Straits Times ia sedang menimbangkan campur tangan dalam pelbagai saman pemula yang difailkan firma undang-undang itu kali ini, bagi memastikan tidak ada penyalahgunaan proses.



Sebagai contoh, peguam tidak boleh melanggar garis panduan etika dengan meletakkan ancaman prosiding jenayah dalam surat tuntutan mereka.



Pada Isnin, AGC menghantar surat kepada Samuel Seow Law Corp meminta penjelasan mengenai hasrat studio itu, terutama jumlah ganti rugi yang mereka mahu dan bagaimana jumlah tersebut dikira.



Jurucakap Pejabat Harta Intelek Singapura berkata ia telah mengkaji kedudukan yang diambil di negara seperti Australia, Canada, Britain dan Amerika Syarikat.



Mahkamah di negara-negara itu mengenakan perlindungan tertentu sebelum meluluskan permintaan agar maklumat pelanggan diberi, katanya.



"Walaupun pemilik kandungan mempunyai hak menguatkuasakan hak harta intelek mereka, ini perlu dilakukan dengan cara yang membina kesahihan dan menghormati keseluruhan proses itu, dan tidak mudah terdedah kepada dakwaan salah guna," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >