Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AGC fail semakan di Mahkamah Rayuan bagi kes Gereja City Harvest

Apr 10, 2017 | 06:10 PM



PEJABAT Peguam Negara (AGC) mengumumkan ia akan mengajukan kes penyelewengan wang jutaan dolar membabitkan Gereja City Harvest ke Mahkamah Rayuan.



Dalam kenyataannya hari ini, AGC menyatakan langkah itu dibuat bagi membolehkannya mengutarakan beberapa persoalan undang-undang.



Di Mahkamah Tinggi pada Jumaat lalu (7 Apr), pengasas CHC, Kong Hee, 52 tahun, bersama-sama lima pemimpin lainnya berjaya mendapatkan pengurangan bagi tempoh hukuman mereka atas kesalahan pecah amanah.



Sebelum ini, keenam-enam mereka telah didapati bersalah melakukan pecah amanah sebagai agen, di bawah Seksyen 409 Kanun Jenayah.



Tetapi dalam keputusan berpecah 2-1, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keenam-enam pemimpin gereja itu tidak diiktiraf sebagai agen di bawah peruntukan sedia ada dan telah menggantikan bentuk kesalahan menurut pecah amanah biasa, di bawah Seksyen 406.



Dalam kenyataannya hari ini, AGC berkata: "Selepas menimbang keputusan bertulis dengan teliti, pihak pendakwaan berpendapat terdapat persoalan undang-undang yang menarik perhatian umum yang timbul hasil daripada keputusan Mahkamah Tinggi, termasuk dan terutamanya, sama ada seseorang pengarah atau anggota badan pentadbiran sesebuah syarikat atau pertubuhan yang diamanahkan dengan harta benda, atau diberi kuasa menjaga harta benda itu dalam cara niaganya sebagai agen bagi tujuan seksyen 409 Kanun Jenayah.



"Pendakwa dengan ini telah memfailkan satu rujukan jenayah hari ini, bagi merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Rayuan."



Di bawah Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah Rayuan, dalam mendengar dan menentukan sebarang soalan yang dirujukkan kepadanya, boleh mengemukakan perintah sepertimana yang dilakukan Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Rayuan menimbangkannya sebagai adil untuk penyelesaian kes.



Dalam kenyataannya itu, AGC menyatakan bahawa sekiranya Mahkamah Rayuan bersetuju dengan hujahan yang dikemukakannya, pihak pendakwaan bercadang meminta mahkamah tertinggi negara untuk mengembalikan hukuman asal pihak perayu di bawah seksyen 409 Kanun Jenayag dan membuat perintah yang perlu dan berbangkit, menurut hukuman yang diberikan.



Kong; timbalan paderi kanan Tan Ye Peng; bekas pengurus dana, Chew Eng Han; bekas pengurus kewangan, Serina Wee; bekas anggota jawatankuasa kewangan, John Lam; dan bekas pengurus kewangan, Sharon Tan, asalnya dikenakan hukuman antara 21 bulan dan lapan tahun.



Mereka didapati bersalah selepas satu perbicaraan panjang yang bermula pada 2013, kerana menggelapkan jutaan dolar dari dana gereja bagi membiayai kerjaya muzik pop isteri Kong, Cik Ho Yeow Sun, yang dianggap sebagai satu misi gereja yang dikenali sebagai Projek Crossover.



Kong dan konco-konconya telah menyalurkan $24 juta daripada dana pembangunan CHC ke dalam pelaburan bentuk bon, yang didapati palsu, menerusi syarikat penerbitan muzik Xtron dan pembuat kaca Firna.



Wang ini sebenarnya digunakan untuk membiayai Projek Crossover.



Kemudian, sejumlah $26 juta digunakan untuk 'menimbus' penyelewengan yang dilakukan



Pihak pendakwa telah merayu bagi hukuman lebih tinggi dikenakan ke atas keenam-enam pesalah.



Kesemua mereka merayu atas kesalahan yang disabitkan dan hukuman yang dikenakan.



Jumaat lalu, hukuman terhadap mereka dikurangkan dengan ketara.



Kong yang mulanya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun, kini dihukum penjara 3½ tahun.



Tan Ye Peng, 44 tahun, yang mulanya dikenakan 5½ penjara kini menjalani hukuman penjara 3 tahun 2 bulan.



Chew Eng Han, 56 tahun, yang mulanya dikenakan hukuman penjara 6 tahun, kini menerima hukuman 3 tahun 4 bulan.



Serina Wee, 40 tahun, mendapati hukuman ke atasnya dikurangkan separuh dari 5 tahun kepada 2½ tahun.



John Lam, 49 tahun yang mulanya dikenakan hukuman penjara 3 tahun juga menikmati pengurangan tempoh penjara sebanyak separuh, manakala Sharon Tan, 41 tahun, pula kini dipenjara 7 bulan berbanding 21 bulan sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >