Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AGC: Tidak akan ambil tindakan terhadap wanita tuduh doktor cabul

Sep 01, 2021 | 05:30 AM



PEJABAT Peguam Negara (AGC) berkata semalam pihaknya tidak akan mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang mendakwa seorang doktor telah mencabulnya, tetapi doktor itu kemudian dibebaskan daripada tuduhan tersebut.



Pada 16 Ogos lalu, Dr Yeo Sow Nam, 52 tahun, dibebaskan daripada empat tuduhan mencabul kehormatan wanita berusia 32 tahun itu di Hospital Mount Elizabeth pada Oktober 2017.



Wanita itu menuduh doktor memeluknya, mencengkam buah dadanya dan mencium kepalanya.



Pendakwa raya memutuskan untuk menarik balik tuduhan itu setelah mempertimbangkan bukti serta perwakilan peguam bela.



AGC dalam kenyataannya semalam berkata tiada bukti yang menunjukkan bahawa pengadu memalsukan laporannya mengenai peristiwa berkenaan pencabulan yang didakwa itu.



"Secara kritikal, tiada dapatan daripada mahkamah dalam hal ini bahawa pengadu telah berbohong atau bahkan memberikan bukti yang tidak konsisten," kata AGC.



Dalam hal ini, AGC tidak akan mengambil tindakan terhadap wanita itu, menurut kenyataan itu lagi.



AGC berkata jika terdapat bukti jelas bahawa seseorang telah berbohong di bawah sumpah dalam prosiding undang-undang, pihaknya akan "mempertimbangkan secara serius" untuk memulakan prosiding terhadap orang itu bagi kesalahan tersebut.



Ia juga mengatakan bahawa pihak pendakwaan tidak mengambil keputusan untuk menarik balik tuduhan terhadap Dr Yeo atas dasar bahawa wanita itu tidak jujur tentang dakwaan itu.



Dalam kes seksual, apabila seorang tertuduh dibicarakan atas keterangan seorang pengadu sahaja, undang-undang memerlukan bukti itu "luar biasa meyakinkan" sebelum tertuduh boleh disabit kesalahannya, menurut kenyataan itu lagi.



Peguam Dr Yeo dari Eugene Thuraisingam LLP telah mengeluarkan kenyataan sejurus selepas pembebasan tuduhannya, yang mendakwa pengadu "mengaku berbohong di mahkamah mengenai 'unsur penting' dalam tuduhannya mengenai pencabulan kehormatan".



"Kenyataan ini mengelirukan dan dikesali," kata AGC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >