Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES PEGUAM DIDAKWA FITNAH MENTERI K. SHANMUGAM

AGC tidak akan teruskan prosiding jenayah dengan bersyarat

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



PEJABAT Peguam Negara (AGC) telah memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding jenayah terhadap peguam M Ravi yang dikenakan tuduhan fitnah sebelum ini dan hanya memberikannya amaran bersyarat.



Ravi Madasamy, yang lebih dikenali sebagai M. Ravi, didakwa di mahkamah sebelum ini atas tuduhan memfitnah Menteri Undang-undang dan Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam melalui pos Facebook yang dibuatnya pada 6 November.



Pos tersebut dikatakan mengandungi dakwaan tentang Encik Shanmugam, termasuk menyatakan beliau mempunyai pengaruh terhadap Ketua Hakim Sundaresh Menon.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan AGC semalam, ia tidak akan meneruskan prosiding jenayah itu jika Ravi menerima beberapa syarat termasuk memadamkan pos tersebut, mengeluarkan kenyataan meminta maaf dan berjanji tidak mengulang dakwaan dalam pos tersebut.



Kenyataan itu menambah, pos tersebut sudah pun dipadamkan pada 25 Februari dan Ravi telah mengeluarkan kenyataan untuk memohon maaf.



"Jika Encik Ravi melanggar sebarang syarat yang telah ditetapkan, dakwaan ke atasnya boleh diperbaharui," menurut kenyataan itu.



Menurut dokumen mahkamah, peguam berusia 51 tahun itu didakwa berniat untuk menjejas reputasi Encik Shanmugam dengan pos tersebut.



Dia didakwa berbuat demikian pada 6 November 2020, 8.45 pagi dari unit di Pusat People's Park.



Dalam kenyataan pada 7 November, polis berkata siasatan dijalankan berkaitan pos Facebook tersebut.



Dalam pos itu, dia mendakwa peguam Singapura Eugene Thuraisingam memberitahunya bahawa Encik Shanmugam pernah berkata beliau "mempunyai pengaruh ke atas Ketua Hakim" dan mengarah serta mengawal Ketua Hakim itu.



Pada 6 November, Encik Thuraisingam menulis surat kepada Encik Shanmugam dan berkata bahawa tuduhan itu tidak benar.



Encik Thuraisingam juga mengeluarkan salinan surat itu dalam talian di laman Facebooknya, dan merujuk kepada pos Facebook Ravi sebagai perkara yang tidak benar.



Individu yang didapati bersalah atas tuduhan fitnah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >