Wawasan Identiti Muslim Singapura (SMI) merupakan inisiatif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang dilakar dengan konsensus asatizah.
SMI menganjurkan cara hidup umat Islam dalam negara sekular Singapura dan masyarakat berbilang agama. Ia mahu membentuk sebuah identiti unik sebagai sebuah masyarakat Islam yang yakin diri, progresif dan dapat hidup harmoni dengan masyarakat lain.