Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agensi Amerika bekukan aset pedagang S'pura yang dicurigai lakukan perdagangan orang dalam

Mar 02, 2017 | 12:58 PM



SURUHANJAYA Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat telah membekukan aset beberapa pelanggan tidak diketahui broker Singapura - Maybank Kim Eng Securities - kerana curiga berlaku perdagangan orang dalam (insider trading).

Dalam perintah mahkamah yang diperolehi pada 24 Feb dan dilihat The Straits Times, SEC mendakwa pelanggan Maybank mengaup untung sekitar AS$1.7 juta ($2.4 juta) kemungkinan menerusi perdagangan haram menjelang pengumuman pada 14 Februari lalu bahawa syarikat gergasi teknologi Jepun Softbank Group telah bersetuju mengambil alih syarikat Fortress Investment Group yang disenarai di New York.

Pelanggan Maybank itu, yang belum dikenal pasti oleh SEC, membeli 950,000 saham Fortress pada harga antara AS$5.92 dan AS$6.35 sesaham pada 14 Feb, sebelum Softbank mengumumkan pengambilalihan itu selepas pasaran Amerika ditutup.

Menurut pengumuman itu, pemegang saham Fortress akan menerima AS$8.08 sesaham - premium sebanyak 30 peratus berbanding harga penutup Fortress sebanyak AS$6.21 hari itu.

Pelanggan Maybank itu memasukkan pesanan menjual saham mereka pagi berikutnya sebelum pasaran dibuka, dan meraih untung sebanyak AS$ 1.7 juta.

"Masa, saiz dan keuntungan perdagangan ini sangat mencurigakan," kata SEC.

Maybank mempunyai hubungan broker dengan UBS di London, yang membolehkan ia berdagang di pasaran Amerika Syarikat melalui akaun di UBS.

Menurut SEC, Maybank hanya membuat satu dagangan Fortress dalam masa 14 bulan dengan pembelian 10,000 saham pada Februari 2016 dan penjualannya pada April 2016.

Dalam aduan mahkamah, SEC menamakan pelanggan RJ O'Brien Ltd yang diketahui, ejen derivatif berpangkalan di London, yang membeli sekuriti derivatif Fortress antara 10 Feb dan 14 Feb dan meraih untung sekitar AS$1.9 juta pada 15 Feb.

Secara keseluruhan, pelanggan di Maybank dan RJ O'rien meraih untung lebih AS$3.6 juta, kata SEC.

Perintah mahkamah yang diperolehi SEC itu membekukan aset peniaga-peniaga yang tidak diketahui itu dan melarang mereka memusnahkan sebarang bukti.

SEC juga mahu mendapatkan penghakiman mahkamah mengarahkan peniaga berkenaan memulangkan keuntungan haram itu berserta faedah, membayar penalti kewangan, dan memastikan mereka tidak lagi melanggar peraturan pada masa depan. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >