Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Agensi: Aturan lebih ketat dapat basmi amalan tak beretika ambil anak angkat

Alu-alu langkah perkenal kriteria lebih ketat bagi proses ambil anak angkat
May 14, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH memperkemas peraturan dan memperkenal kriteria lebih ketat bagi proses pengambilan anak angkat bukan hanya dapat membantu agensi menangani isu dalam menilai pasangan yang ingin menjadi ibu bapa angkat sahaja, bahkan membasmi amalan tidak beretika dalam proses itu.



Ini termasuk mereka yang merahsiakan maklumat dan enggan memberikan maklumat yang diperlukan.



Agensi yang dihubungi Berita Harian berkata perubahan yang diperkenal terhadap proses pengambilan anak angkat menekankan seriusnya perkara tersebut dan memastikan bakal ibu bapa angkat mempunyai pengetahuan mendalam dan lebih sedar akan apa yang mereka bakal hadapi.



Langkah-langkah tersebut diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Parlimen baru-baru ini.



Perubahan pada undang-undang pengambilan anak angkat itu bertujuan meastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak selain memberi mereka persekitaran keluarga yang baik.



Rang pindaaan itu telah diluluskan di Parlimen dan akan berkuat kuasa mulai tahun depan.



Antara perubahan utama ialah mewajibkan semua orang yang mahu mengambil anak angkat menjalani Penilaian Kesesuaian Pengambilan Anak Angkat (ASA) dan menghadiri dua taklimat, iaitu taklimat prapengambilan anak angkat dan taklimat pendedahan status anak angkat.



Menurut sebuah agensi yang mengendalikan pengambilan anak angkat, Pusat Khidmat Sosial Apkim (ACOSS), kriteria yang diperketat itu membolehkannya bekerjasama lebih rapat dengan pemohon semasa tempoh penilaian.



"Dengan taklimat wajib yang diperkenal ini, mereka yang ingin menjadi ibu bapa angkat akan faham tentang seriusnya proses pengambilan anak angkat dan pentingnya maklumat yang lebih mendalam tentangnya.



"Ini kerana ini merupakan keputusan yang mengubah kehidupan mereka dan juga anak itu," kata jurucakap agensi tersebut.



Ia juga dapat membantu agensi itu menghadapi pihak-pihak yang ingin merahsiakan atau kurang bersedia memberi maklumat yang diperlukan, termasuk status kewangan, perkahwinan sebelumnya, atau cara untuk menghubungi anak-anak dari perkahwinan sebelumnya.



Pada masa sama keluarga kandung juga perlu diberi ruang untuk mempertimbang dengan teliti keputusan menyerahkan anak mereka kepada keluarga angkat.



"Amat penting ibu dan keluarga kandung yang terlibat dapat mempertimbang pilihan yang mereka ada tanpa dikenakan sebarang tekanan.



"Ini supaya proses itu dapat dilaksana dengan memikirkan tentang keselamatan dan kesejahteraan anak itu yang menjadi keutamaan," ujarnya sambil, menambah bahawa ini akan mengelakkan situasi di mana kebenaran dari ibu atau anggota keluarga diperoleh di bawah tekanan atau secara tidak wajar.



Ada juga situasi di mana bakal ibu bapa angkat memutuskan untuk membayar wang cagaran bagi memastikan anak itu tidak ditawarkan kepada pasangan lain, dan ini "menyukarkan lagi proses pengambilan anak angkat bagi semua pihak" menurut Apkim.



Menurut sebuah lagi agensi yang mengendalikan proses tersebut, Safe Place, langkah yang diperketat itu akan memberikan keyakinan dengan ibu kandung yang menyerahkan anak mereka sebagai anak angkat bahawa anak-anak mereka dijaga dengan baik.



Pekerja sosial utama di agensi tersebut, Cik Cheng Wenshan, berkata dalam memastikan proses yang dijalankan semua tidak terkeluar daripada apa yang wajar dilakukan, mereka akan "memastikan tiada wang yang dilibatkan dalam semua proses yang dijalankan".



Beliau menambah bahawa borang yang ditandatangani juga dilakukan di pejabat peguam dan tidak melibatkan Safe Place.



"Implikasi tandatangan itu juga diterangkan dengan teliti kepada ibu bapa kandung oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan undang-undang," kata Cik Cheng.




"Dengan taklimat wajib yang diperkenal ini, mereka yang ingin menjadi ibu bapa angkat akan faham tentang seriusnya proses pengambilan anak angkat dan pentingnya maklumat yang lebih mendalam tentangnya. Ini kerana ini merupakan keputusan yang mengubah kehidupan mereka dan juga anak itu."
- Jurucakap agensi anak angkat Pusat Khidmat Sosial Apkim (ACOSS), yang berkata kriteria yang diperketat itu membolehkannya bekerjasama lebih rapat dengan pemohon semasa tempoh penilaian.



"Implikasi tandatangan itu juga diterangkan dengan teliti kepada ibu bapa kandung oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan undang-undang (dan dilakukan di pejabat peguam, bukan pejabat agensi."
- Cik Cheng Wenshan, pekerja sosial utama agensi anak angkat Safe Place, yang berkata langkah diperketat itu akan memberikan keyakinan kepada ibu kandung bahawa anak mereka dijaga dengan baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >