Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AUDIT TAHUNAN AKAUN PEMERINTAH

Agensi awam tangkas alih peranan, tingkat operasi dalam pandemik: MOF

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



AGENSI awam tangkas dalam beralih daripada peranan prapandemik kepada peranan kecemasan baru yang menyaksikan mereka terpaksa meningkatkan operasi dengan ketara dan pantas semasa pandemik Covid-19 melanda, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Kenyataan tersebut menyusuli laporan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) bagi tahun kewangan 2021/2022.



AGO telah menjalankan audit tematik mengenai pemerolehan dan perbelanjaan berkaitan Covid-19 yang diuruskan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Tanah Singapura (SLA), dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan menyatakan bahawa agensi-agensi ini memiliki dasar dan proses yang diperlukan.



Pada masa yang sama, AGO juga telah membangkitkan tiga isu pembelajaran yang boleh diperbaiki agensi awam.



Ini termasuk mewujudkan tahap tadbir urus yang munasabah dan pengaturan perancangan untuk digunakan dalam kecemasan; mengesahkan dan menyokong pembangunan fungsi korporat kritikal seperti perolehan, kewangan dan sumber manusia; dan mengekalkan rekod yang sesuai dan mendokumentasikan keputusan serta transaksi penting.



MOF: Laporan AGO sahkan akaun pemerintah ikut undang-undang



Badan perkhidmatan awam akan menelaah isu-isu pembelajaran ini demi meningkatkan persediaan menghadapi kecemasan akan datang, kata MOF.



Menjelaskan lebih lanjut, kementerian itu berkata ia telah mengaktifkan Perolehan Kecemasan pada Januari 2020 untuk mempercepat perolehan bagi perkhidmatan penting dan bekalan kritikal, sambil memberikan panduan kepada agensi dalam memastikan tadbir urus dan kebertanggungjawapan.



"Berdasarkan pengajaran yang dipelajari, MOF sedang menyemak prosedur kecemasan kami untuk menyediakan panduan lebih baik kepada agensi dalam menguruskan perolehan, kontrak dan pembayaran.



"Kami menjangka semakan ini akan selesai menjelang akhir tahun kewangan 2022," menurut kenyataan tersebut.



Ia menambah bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) sebagai agensi sumber manusia (HR) pusat akan meningkatkan usahanya menyokong agensi barisan hadapan semasa keadaan kecemasan.



Ini termasuk memberi panduan pusat berkenaan tadbir urus operasi barisan hadapan HR, serta mengetuai penyelarasan lonjakan tenaga kerja serta operasi HR.



MOF juga akan mengeluarkan nasihat kepada semua agensi untuk memperkukuh pengambilan amalan baik dan mengurangkan risiko kewangan semasa kecemasan.



Ini termasuk penyeliaan dan dokumentasi keputusan yang lebih baik, seperti kelulusan dan pelarasan merentasi kitaran hayat transaksi.



Laporan AGO itu merupakan pengesahan bebas bahawa akaun pemerintah disediakan mengikut undang-undang.



Ia juga memberi pandangan saksama tentang kedudukan kewangan pemerintah secara keseluruhan.



AGO, dalam laporan tahunannya, menonjolkan beberapa kelewatan dalam pembayaran dan penilaian kos semasa Covid-19 oleh MOM, SLA dan HPB, yang membelanjakan $1.51 bilion secara keseluruhan pada perkhidmatan tenaga kerja, kemudahan penginapan dan katering makanan dari Januari 2020 hingga Mac 2021.



Ketiga-tiga agensi itu didapati mengalami kelewatan dalam mendapatkan kelulusan untuk pemberian kontrak dan kelemahan dalam proses pembayaran mereka.



Terdapat juga percanggahan dalam tuntutan pembayaran dan kekurangan dokumen sokongan.



Misalnya, HPB tidak dapat mengesan dokumen permohonan kerja dan penilaian bagi 134 kakitangan yang diambil untuk menjalankan ujian swab.



Meskipun akur akan kekurangan tersebut, MOF berkata AGO dalam laporannya juga telah membuat kesimpulan bahawa ketiga-tiga agensi itu mempunyai dasar dan proses yang diperlukan semasa kecemasan.



Ia juga telah memuji amalan baik MOM, misalnya membuat panggilan terbuka setelah keadaan kecemasan berkurangan untuk menjemput syarikat katering makanan mengemukakan harga bagi makanan pekerja migran, yang membawa kepada pengurangan kos.



"Banyak amalan baik dikekalkan walaupun dalam keadaan kecemasan, tetapi beberapa kesilapan berlaku.



"Usaha telah dilakukan untuk mendapatkan semula lebihan pembayaran, menyediakan dokumentasi untuk menggambarkan keputusan yang diambil, dan menyemak transaksi lalu untuk memastikan ketepatan.



"Kami kekal komited pada nilai teras kami, iaitu integriti dan kecemerlangan dalam berkhidmat kepada warga Singapura.



"Perkhidmatan Awam akan mengukuhkan proses kami dalam masa aman dan krisis, untuk berkhidmat kepada warga Singapura dengan sebaik mungkin." kata MOF.




JAGA INTEGRITI, CEMERLANG



"Banyak amalan baik dikekalkan walaupun dalam keadaan kecemasan, tetapi beberapa kesilapan berlaku. Usaha telah dilakukan untuk mendapatkan semula lebihan pembayaran, menyediakan dokumentasi untuk menggambarkan keputusan yang diambil, dan menyemak transaksi lalu untuk memastikan ketepatan. Kami kekal komited pada nilai teras kami, iaitu integriti dan kecemerlangan dalam berkhidmat kepada warga Singapura. Perkhidmatan Awam akan mengukuhkan proses kami dalam masa aman dan krisis, untuk berkhidmat kepada warga Singapura dengan sebaik mungkin."
- Kementerian Kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >