Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agensi Home Team, badan amal kumpul dana agih komputer riba bagi keluarga susah

Jul 16, 2022 | 07:59 AM



KAKITANGAN di salah sebuah agensi Home Team sehingga kini telah berjaya mengumpul sekitar $26,000 sebagai sebahagian daripada satu acara berbasikal tahunan, dengan dana yang dikumpul disalur kepada satu badan amal yang mengagihkan komputer riba yang diperbaharui untuk kegunaan keluarga berpendapatan rendah.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, bersama Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, menyertai sekitar 50 staf Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) kelmarin dalam satu acara berbasikal ulang alik dari East Coast ke Jeti Bedok.



Setiap perjalanan 11 kilometer bagi peserta HTX menambahkan jarak sekitar 32,500 kilometer yang terkumpul oleh lebih 440 staf sejak acara Berbasikal Tahunan HTX 2022 ini bermula pada 8 Julai lalu.



Acara ini akan berakhir esok.



Ini merupakan edisi kedua bagi acara ini dan bertujuan meningkatkan kesedaran serta dana bagi Engineering Good, yang juga menawarkan pembaikan percuma alat-alat digital bagi keluarga berpendapatan rendah.



Edisi pertama berlangsung pada 2021 dan diadakan secara virtual menyusuli sekatan Covid-19.



Ketua Eksekutif HTX, Encik Chan Tsan, berkata:



"Semasa tempoh pemutus litar, kami lihat lebih banyak pembelajaran yang berlangsung secara dalam talian.



"Adalah penting untuk kekal terhubung menerusi teknologi memandangkan akses kepada Internet boleh menjadikan dunia yang berbeza."



Agensi itu bekerjasama dengan Engineering Good, memandangkan ia amat sesuai secara semula jadi, dengan kededua syarikat memberi pengkhususan kepada sains dan teknologi.



Badan amal itu telah menyediakan sekitar 6,300 komputer riba yang diperbaharui kepada isi rumah berpendapatan rendah sejak April 2020.



Mereka juga mempunyai klinik-klinik pembaikan 'pop-up', di mana keluarga berpendapatan rendah boleh membaiki alat digital mereka yang rosak secara percuma.



"Kami harap untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik kerana komputer riba mahal dan kami ingin mereka kekal terhubung menerusi teknologi tanpa perlu berkongsi alat digital antara tiga dengan empat beradik," kata jurucakap Engineering Good, Cik Sylvia Koh-Gratton.



HTX berharap untuk mengumpul sekurang-kurangnya $50,000 menjelang akhir acara program klinik dan memberi komputer riba yang diperbaharui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >