Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agensi Makanan Singapura dilancar

Apr 01, 2019 | 09:57 AM



SINGAPURA mengambil langkah rasmi untuk memperkukuh keselamatan dan bekalan makanan setempat selepas Agensi Makanan Singapura (SFA), dilancar pada Isnin (1 April).



Ia adalah langkah terkini pemerintah - yang pertama kali diumumkan tahun lalu - untuk membolehkan Singapura mengatasi cabaran landskap makanan dunia yang berubah dan perubahan iklim.



SFA akan menguruskan hal keselamatan makanan, peraturan kebersihan makanan dan menangani isu bekalan makanan.



Dalam ucapannya di majlis pelancaran di pejabat SFA di Jurong, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Mohamad Masagos Mohamad Zulkifli berkata:



“Walau Singapura kekurangan sumber semula jadi dan tanah pertanian, pegawai kita telah berusaha gigih saban tahun untuk memastikan kita mempunyai bekalan makanan yang selamat dan terjamin.



“SFA akan merebut peluang dengan mengubah cabaran menjadi kelebihan strategik.”



Awal tahun ini, Encik Masagos mengumumkan matlamat pemerintah untuk menghasilkan sendiri 30 peratus makanan yang diperlukan Singapura menjelang 2030. Pada masa ini, Singapura menghasilkan kurang 10 peratus makanan yang diperlukan.



Dalam kenyataannya, SFA, lembaga berkanun terbaru yang akan dikendalikan oleh Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (Mewr) itu, berkata ia bertujuan memperkukuh proses pemantauan bagi seluruh rangkaian bekalan makanan dan menyelaraskan proses bagi keselamatan makanan.



SFA menggabungkan operasi berhubung makanan yang pernah ditadbirkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Penguasa Pertanian Makanan Dan Ternakan Singapura (AVA) Dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



AVA dibubarkan dan operasinya berhubung haiwan dan kehaiwanan akan dipindahkan ke agensi taman negara NParks.



Sekitar 1,150 kakitangan AVA, NEA Dan HSA dipindahkan, dengan sejumlah besar berpindah ke SFA. Selebihnya, sekitar 300 berpindah ke NParks.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >