Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agensi pemerintah bersikap berkecuali: DPM Teo

Jul 04, 2017 | 03:46 PM



TIMBALAN Perdana Menteri Teo Chee Hean hari ini (4 Julai) menekankan bahawa disebalik dakwaan berlakunya penyalahgunaan kuasa, usaha telah dibuat untuk memastikan Lembaga Warisan Negara (NHB) dan sebuah pameran awam berkenaan bapa pengasas Singapura, kekal berkecuali.



"Agak pelik bila usaha-usaha ini yang diadakan bagi mengekalkan sikap berkecuali agensi awam telah didakwa sebagai penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi," kata Encik Teo.



Menggulung perkara-perkara yang telah dibangkitkan sepanjang dua hari perbahasan di parlimen menyentuh pelbagai perkara melibatkan soal rumah 38 Oxley Road, Encik Teo berkata, perbahasan telah tertumpu kepada soal pemerintahan yang bersih dan jujur, dan turut menyentuh soal konflik kepentingan.



Beliau menekankan bahawa setiap pemegang jawatan politik dan kakitangan awam, pada setiap masa, harus bertindak menurut tahap kejujuran yang tidak diragui, telus, jujur dan berwibawa semasa menjalankan tugas mereka sebagai kakitangan awam.



"Kakitangan Awam harus bersikap telus dan adil dalam urusan mereka, termasuk terhadap orang awam yang merupakan ahli keluarga pemegang jawatan politik," katanya.



Dalam ucapan penggulungannya semalam mengulangi sebab pembentukan Jawatankuasa Menteri, yakni, meneliti isu-isu berbangkit:



- nilai sejarah dan warisan hartanah



- kehendak Encik Lee Kuan Yew berhubung hartanah itu, dan



- perancangan yang mungkin ada untuk hartanah dan kejiranan itu, dan pilihan untuk melangkah ke depan.



Beliau menekankan bahawa pembentukan Jawatankuasa Menteri bukan sesuatu yang luar biasa.



"Ia merupakan satu proses biasa bagi Pemerintah sedang ia menjalankan kerjanya dengan betul, tenang dan objektif," ujarnya.



Menurut Encik Teo, dakwaan yang dilemparkan ke atas jawatankuasa itu oleh Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling harus dihentikan.



"Asasnya, kesemua adik-beradik tahu tentang jawatankuasa itu, dan syarat rujukannya," kata beliau.



Beliau menambah, Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling tidak harus membuat dakwaan berlakunya salah guna kuasa hanya kerana mereka gusar atau berasa tidak senang diminta memberi pandangan dan penjelasan mereka secara sukarela mengenai kehendak Encik Lee Kuan Yew berkenaan rumah beralamat 38 Oxley Road.



Mengenai kedudukan rumah itu, Jawatankuasa itu kata Encik Teo, telah meneliti beberapa pilihan yang ada.



"Secara peribadi saya fikir terdapat kewajaran dalam pilihan-pilihan yang ada, yang boleh memberikan huraian yang baik," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >