Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JEREBU

Agensi pemerintah S'pura sedia urus kesan jerebu ke atas orang ramai

Pelan bolehkan respons berperingkat bergantung pada intensiti jerebu berdasarkan bacaan dan ramalan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam
Sep 18, 2019 | 05:30 AM



AGENSI pemerintah siap sedia menangani kesan jerebu, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan semalam.



Pasukan Bertindak Jerebu (HTF), yang diterajui NEA dan terdiri daripada 28 agensi pemerintah, bersedia mengurangkan dan menguruskan kesan jerebu ke atas orang ramai, menurut NEA.



Agensi pemerintah dalam pasukan bertindak mempunyai pelan yang membolehkan respons berperingkat bergantung pada intensiti jerebu berdasarkan bacaan dan ramalan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam.



NEA berkata agensi telah melaksanakan pelan dan maklumat untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang ramai - terutamanya kumpulan berisiko seperti warga tua, wanita hamil, kanak-kanak dan mereka yang menghidap sakit jantung dan paru-paru kronik - memandangkan PSI di bahagian barat Singapura mencecah tahap 'tidak sihat' Sabtu lalu.



Berikut lima tahap PSI:



  • 0 hingga 50 - baik,

  • 51 hingga 100 - sederhana,

  • 101 hingga 200 - tidak sihat,

  • 201 hingga 300 - sangat tidak sihat, dan

  • melebihi 300 - berbahaya.

Pasukan bertindak, yang ditubuhkan pada 1994, berjumpa pada Mei setiap tahun pada permulaan musim kemarau untuk berbincang tentang keadaan cuaca dan jerebu, serta mengemaskini rancangan mereka.



"HTF akan terus memantau keadaan ini. Agensi HTF akan menyediakan lebih maklumat sekiranya keadaan jerebu semakin teruk," kata NEA.



Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengingatkan institusi penjagaan kesihatan agar menetapkan langkah-langkah bagi menangani jerebu.



Ini termasuk menggunakan pembersih udara, kipas dan penyejuk udara mudah alih.



NEA dan MOH, yang bekerjasama dengan peruncit, telah mengeluarkan stok tambahan pelitup muka N95 untuk kedai pada Jumaat dan Ahad lalu.



Sementara itu, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) memerlukan prasekolah memantau tahap mutu udara dan mematuhi maklumat kesihatan.



Semua prasekolah juga mempunyai sekurang-kurangnya satu bilik berhawa dingin yang dilengkapi pembersih udara untuk menempatkan kanak-kanak yang mungkin tidak sihat atau mengalami masalah pernafasan.



Kegiatan luar akan dikurangkan apabila mutu udara dalam lingkungan tidak sihat.



Semua bilik darjah di sekolah rendah, sekolah menengah, tadika Kementerian Pendidikan (MOE) dan sekolah pendidikan istimewa telah dilengkapi pembersih udara.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengingatkan majikan agar mengurangkan kerja berat atau berpanjangan bagi pekerja sihat, dan mengurangkan kerja luar berat atau berpanjangan bagi warga tua serta wanita hamil jika PSI 24 jam mencecah tahap tidak sihat.



NEA berkata Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan jabatan Home Team di bawah Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang menyesuaikan kegiatan luar dengan latihan bagi kakitangan mereka berdasarkan mutu udara.



"Semua unit bersiap sedia bagi memastikan Singapura selamat," tambahnya.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang menggunakan papan tanda elektronik Sistem Pantau dan Nasihat Ekspreswe (Emas) bagi mengingatkan pemandu supaya berhati-hati dan menghidupkan lampu sekiranya keterlihatan kurang jelas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >