Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agih bubur percuma sepanjang Ramadan di CBD

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



SEKATAN pemutus litar sewaktu bulan Ramadan tahun lalu tidak menghambarkan semangatnya untuk mengagihkan bubur secara percuma.



Tahun ini, pemilik Nusantara Cuisine, Cik Rabiah Dawi berniat melakukan yang sama sepanjang bulan puasa menerusi kedainya yang terletak di Pusat Kawasan Bandar (CBD).



"Saya rasa tahun ini tidak banyak masjid yang akan mengagihkan bubur. Justeru kami memutuskan untuk lakukan pengagihan bubur lagi. Mereka yang tidak mendapat bubur dari masjid boleh datang ke kedai kami," ujar wanita berusia 58 tahun itu.



Menurut Cik Rabiah, sambutan tahun lalu menggalakkan walaupun Singapura melalui tempoh pemutus litar.



Justeru, dengan pembukaan semula ekonomi pada fasa ketiga ini, Cik Rabiah menjangkakan lebih ramai orang yang akan mengambil bubur yang dibekalkannya.



Beliau menganggarkan untuk menyediakan sehingga 300 bubur setiap hari.



"Sasaran kami adalah mereka yang bekerja di daerah bandar. Memandangkan lebih ramai orang kembali bekerja di pejabat, kami bersedia sekiranya lebih ramai orang datang untuk mengambil bubur," ujarnya yang menambah beliau bersedia menyiapkan lebih banyak bubur sekiranya terdapat permintaan.



Walaupun sebahagian besar pekerja sudah dibenarkan pulang bekerja di pejabat, Cik Rabiah akui bahawa jumlahnya masih tidak ramai jika dibandingkan dengan waktu sebelum Covid-19.



Bagaimanapun, beliau kekal positif dan berharap dapat menyebarkan keceriaan kepada mereka yang kembali bekerja di daerah CBD serta mereka yang bekerja di barisan depan seperti penghantar makanan.



Beliau berkata:



"Bagi saya, bubur menjadi norma setiap Ramadan. Ramai yang ingin mengambil bubur masjid kerana ia acara yang berlaku setahun sekali. Saya harap mereka yang bekerja dan berbuka puasa dengan bubur kami tersenyum dan rasa keceriaan yang ingin kami sebarkan."



Pembahagian bubur percuma akan diadakan setiap Isnin hingga Jumaat mulai 4 petang, selagi stok masih ada.



Bubur percuma akan disediakan sepanjang bulan Ramadan dan orang ramai boleh mengambilnya di Nusantara Cuisine, 171 Telok Ayer Street.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >