Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agihan daging korban ke-3 Jamiyah

Sep 06, 2021 | 05:30 AM



BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.



Namun, dengan agihan dua kilogram daging korban yang diterima dari pihak Jamiyah Singapura dan Persatuan Rakyat (PA) di Balai Rakyat Braddell Heights semalam, terasa ringan beban Cik Junaidah Ahmad, 65 tahun.



Cik Junaidah yang menjaga cucunya yang berusia lima tahun setelah ibu bapa anak itu dipenjara kerana kesalahan dadah, turut menjaga suami yang diserang strok dan kini tidak mampu bergerak dan berdikari.



Beliau merupakan antara 150 keluarga berpendapatan rendah dari GRC Marine Parade yang dibantu dengan agihan daging korban, kambing atau lembu, yang disampaikan Anggota Parlimen GRC Marine Parade dan penasihat pertubuhan akar umbi Braddell Heights, Encik Seah Kian Peng.



Ini adalah agihan daging korban ketiga yang dilaksanakan Jamiyah sebagai sebahagian Program Korban Tahunan 2021.



Dua sesi agihan daging korban telah dilaksanakan sebelum ini buat mereka yang menempah khidmat korban bersama Jamiyah dan keluarga berpendapatan rendah di kejiranan Bukit Batok.



Kata Cik Junaidah: "Alhamdulillah, dengan daging korban yang diterima saya boleh masak sup dan rendang buat keluarga.



"Ringan sedikit beban kewangan membeli barangan dapur buat saya yang menjaga cucu dan suami yang diserang strok."



Pengarah Jabatan Pendekatan dan Pembangunan Masyarakat (CODD) Jamiyah Singapura, Encik Abdul Halim Aliman, berkata:



"Dengan agihan lebih banyak daging korban tahun ini, kami berharap lebih banyak keluarga memerlukan boleh dibantu tanpa mengira kaum atau agama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >