Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agihan kelima pelitup pembedahan, N95 Yayasan Temasek bermula 26 Ogos

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



SEMUA isi rumah di Singapura akan diberi 50 pelitup pembedahan bergred perubatan dan 25 pelitup pernafasan N95, yang boleh diambil di 131 cawangan pasar raya di seluruh negara mulai 26 Ogos.



Ini agihan kelima daripada inisiatif Stay Prepared (Kekal Bersedia) Yayasan Temasek, yang diadakan untuk membantu mempersiap masyarakat bagi kecemasan seperti Covid.19.



Ketua Eksekutif Temasek Ho Ching mengumumkan agihan pelitup percuma itu dalam satu pos Facebook semalam.



Agihan itu akan berlangsung dari 26 Ogos hingga 26 September.



Jabatan kedermawan firm pelaburan itu sedang bekerjasama dengan cawangan pasar raya besar dan beberapa pusat beli-belah CapitaLand untuk mengagihkan pelitup tersebut.



Ini termasuk pasar raya seperti Sheng Siong, Prime, FairPrice, Cold Storage dam Giant.



Untuk mengambil pelitup itu, penduduk perlu membawa surat atau bil air dan elektrik SP Group dan menunjukkan nombor akaun bil SP, yang akan diimbas dan dicatat apabila pelitup diagih.



Cik Ho berkata farmasi tidak akan mengambil bahagian dalam agihan ini kerana pelitup agak besar dan "kedai mereka agak kecil untuk menyimpan banyak stok."



"Tidak semua cawangan pasar raya boleh menyokong agihan ini juga kerana mereka memerlukan kedai agak besar atau mempunyai rantaian bekalan yang baik," katanya.



Wakil isi rumah digalak mengurangkan pembuangan plastik dengan membawa beg mereka sendiri apabila mengambil kotak pelitup itu apabila agihan bermula.



Agihan ini telah diumum awal bulan ini dengan Cik Ho menyatakan varian Delta virus Covid-19 mempunyai kadar jangkitan antara lima dengan enam orang.



Beliau berkata pada waktu itu bahawa 80 peratus penduduk perlu memakai pelitup yang mempunyai "keberkesanan 80 peratus atau lebih baik" untuk mengekang penularan.



Cik Ho menjelaskan bahawa pelitup pembedahan mempunyai keberkesanan penapisan 95 peratus atau lebih baik manakala pelitup N95 dipakai bagi pekerjaan berisiko tinggi seperti menjaga pesakit Covid-19 atau melakukan latihan swab besar-besaran.



Dalam pos itu juga, beliau menasihati penduduk agar tidak berebut untuk mengambil pelitup mereka pada tiga hari pertama agihan tersebut kerana "ada banyak stok."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >