Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agihan sajian iftar, habuan sempena Ramadan dan Raya terakhir sebelum Sers

Apr 24, 2022 | 05:30 AM



TAHUN ini ialah kali terakhir penduduk flat Blok 26 Sin Ming Industrial Estate menyambut Ramadan dan Aidilfitri di situ, sebelum blok itu menjalani Skim Pembangunan Semula Terpilih Secara Berkelompok (Sers).



Bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di Marymount menganjurkan pelbagai program bagi sekitar 64 keluarga di blok itu, termasuk pengagihan makanan untuk iftar dan pek habuan.



Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, yang merasmikan acara pengagihan itu semalam, berkata beliau kagum akan ikhtiar MAEC Marymount dan rakan kongsinya memberi bantuan kepada penduduk.



"Saya gembira dapat melihat banyak pertubuhan berganding bahu dan menghulurkan bantuan kepada penduduk di sini. Saya juga amat berterima kasih kepada penduduk yang meluangkan masa untuk menyumbangkan tenaga dalam acara yang disediakan setiap hari di sini," ujar beliau.



MAEC Marymount menyediakan makanan iftar bagi penduduk di blok itu setiap hari.



Semalam, mereka turut menerima hadiah istimewa berupa pemberian hadiah elektronik yang mereka inginkan.



Barangan elektronik itu disumbangkan Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd, yang menyediakan sekitar $7,000 bagi barang elektronik itu serta makanan buka puasa.



Pengarah Jalaluddin Travel & Services, Cik Noor Faizah Mustaffa, berkata pihaknya gembira dapat memberi bantuan kepada penduduk di situ dan membawa keceriaan, lebih-lebih lagi ini kali terakhir mereka menyambut Aidilfitri di situ.



"Saya harap MAEC Marymount dapat meneruskan usaha membantu penduduk memerlukan dan pada masa sama memberikan peluang bagi pertubuhan seperti kami menyalurkan bantuan," ujar Cik Faizah.



Antara penduduk yang menjadi relawan dan menyumbang tenaga setiap hari pada Ramadan ini ialah Cik Faridah Mohd Isa, 66 tahun.



"Saya gembira tapi sedih juga kerana ini kali terakhir saya dapat beraya di sini. Oleh sebab kami jiran semua rapat, saya ikhlas untuk membantu," ujar beliau, yang sudah 50 tahun tinggal di blok itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >