Agihan TTFS capai rekod $42j, lebih 10,000 pelajar raih manfaat
Masagos: Mendaki terus beri tumpuan pastikan pendidikan anak Melayu maju
Jun 23, 2019 | 05:30 AM
YAYASAN Mendaki mengagihkan Subsidi Yuran Pengajian Tinggi (TTFS) bernilai $42 juta kepada pelajar Melayu tahun lalu, jumlah tertinggi sejak skim itu diperkenalkan hampir tiga dekad lalu.
Jumlah itu adalah $5 juta lebih tinggi berbanding tahun 2017, menyusuli kelonggaran kriteria TTFS yang dilaksanakan tahun lalu.