Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AGM DPPMS: Pasukan baru lebih kukuh dalam pelbagai bidang

Jun 03, 2021 | 07:02 PM



LEMBAGA Anggota Pengarah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) 2021/2023 mempunyai pasukan yang kukuh yang mempunyai anggota lembaga pengarah yang mempunyai kekuatan dalam bidang-bidang yang pelbagai dan penting bagi masyarakat peniaga Melayu/Islam.



Ini membolehkan mereka mencorak dan melakarkan lebih banyak projek yang dapat meningkatkan ekonomi masyarakat dalam beberapa tahun mendatang, kata presiden DPPMS Farid Khan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang ke-62 selepas dilantik semula sebagai Presiden bagi penggal kedua pada Khamis (3 Jun).



Antara tiga muka baru dalam anggota lembaga pengarah DPPMS merupakan usahawan mapan yang mempunyai kekuatan dalam tiga bidang, teknologi maklumat (IT), logistik dan kejuruteraan.



Mereka ialah pengarah syarikat logistik Indobox Pte Ltd, Encik Iman Yusoff, pengarah eksekutif syarikat kejuruteraan STIE Pte Ltd, Cik Maslina Mohamed dan syarikat IT penegrusi Unipro Group of Companies, Encik Seeni Jaafar Ghany.



“Encik Seeni, misalnya mempunyai perniagaan di enam negara termasuk Amiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia dan Malaysia, dapat membantu anggota kami dalam IT dan penyejagatan, Cik Maslina mempunyai perniagaan kejuruteraan yang kukuh di Singapura manakala Indobox juga mempunyai perniagaan logistik di luar negara,” kata Encik Farid.



Menurut Cik Maslina yang sudah membentuk perniagaannya sejak 2012, berharap penyertaannya dapat menarik lebih ramai orang Melayu/Islam dalam bidang kejuruteraan.



Sebanyak 12 calon merebut enam kerusi  anggota lembaga pengarah.



Tiga muka lama yang kekal ialah pemilik Amani Services Pte Ltd, Encik Mohamed Nor Ismail (Kino), pengarah urusan Pondok Abang, Encik Hasan Abdul Rahman



dan CEO Singapore Hospitality Pte Ltd, Encik Ali Abbas, yang mendapat undian tertinggi.



Mengulas, Timbalan Presiden Encik Abu Bakar Mohd Nor yang mengekalkan jawatannya berkata: “Kita lihat pasukan baru ini mempunyai banyak energi dan idea bagi membawa perniagaan anggota ke tahap lebih tinggi. Jika penggal lalu, kita cuba menstabilkan perniagaan, penggal baru ini kita cuba membantu merombak perniagaan sesuai dengan norma baru.”



Jawatan pengerusi tetap, yang turut dipertandingkan dimenangi oleh presiden dan CEO SSA Consulting Group, Encik Suhaimi Salleh,  mengalahkam pengerusi Institut Latihan Singapura, Encik Zahabar Ali.



 



Lembaga pengarah DPPMS 2021/2023



  • Presiden: Encik Farid Khan, pengerusi serantau Bourbon Offshore Asia, dan pengarah urusan Maxsurv Pte Ltd

  • Timbalan Presiden: Encik Abu Bakar Mohd Nor, pengerusi Forward Vision Pte Ltd

  • Naib Presiden I: Cik Fadilah Majid, pengarah urusan Spa Jelita

  • Naib Presiden II: Encik Azhar Othman, pengerusi eksekutif Enercon Asia (baru)

  • Setiausaha Kehormat: Encik Fazli Mansor, pengasas bersama dan pengarah ISGN Pte Ltd

  • Penolong Setiausaha Kehormat: Encik Abdul Kadir Abdul Hamid, pemilik OS Bagus Foodstuff

  • Bendahari Kehormat: Encik Akber Ali, pengarah urusan AAA Assurance PAC

  • Penolong Bendahari Kehormat: Akan dipilih lembaga pengarah

  • Enam anggota lembaga pengarah:

  1.  Pemilik Amani Services Pte Ltd, Encik Mohamed Nor Ismail (Kino)

  2. Pengarah urusan Pondok Abang, Encik Hasan Abdul Rahman

  3. CEO Singapore Hospitality Pte Ltd, Encik Ali Abbas

  4. Pengarah Indobox Pte Ltd, Encik Iman Yusoff (baru)

  5. Pengarah Eksekutif STIE Pte Ltd, Cik Maslina Mohamed (baru)

  6. Pengerusi Unipro Group of Companies, Encik Seeni Jaafar Ghany (baru)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >